Seorang atlet tak sangka dia hamil, sedar-sedar sudah melahirkan | Trish Staine (33), berasal dari Duluth, Minnesota, menyangka sakit punggung yang dideritanya adalah biasa setelah melakukan larian setengah marathon. Ibu dari tiga anak ini mengatakan bahawa dia tidak menyangka dirinya sedang hamil, kerana berat tubuh tidak bertambah serta tidak memiliki tanda-tanda seperti sedang hamil. Bahkan suaminya telah melakukan vasektomi.
Namun setelah sakit punggungnya semakin parah, dia pun memutuskan untuk memeriksa diri di hospital. Dia terkejut ketika pihak hospital mengatakan bahawa dia sedang hamil dan akan segera melahirkan. Meskipun dia menyangkalnya, namun dia segera dibawa ke ruang bersalin. Lima minit kemudian lahirlah seorang bayi perempuan dengan berat 3.3 kg. Staine mengatakan suaminya terkejut ketika mendengar anaknya lahir. -AP
.
6 Penyokong CHELSEA:
Kuasa Allah, kalau nak jadi maka jadilah ia.
hoh?
senangya dia bersalin...nasib baik xde pape jadik..
pelik sungguh...
?????mcm mana blh xperasan? peliknya..
bukan ke baby gerak2 dlm perut, xkn dia xrasa
lagi hebat dia ni.. tapi baguslah.. suami dia baru je buat vasektomi.. rezeki dia kot.. rezeki Tuhan bagi. siapa boleh deny kan?
Post a Comment