Sunday, July 21, 2013

Wanita ini mengahwini Jambatan


Wanita ini mengahwini Jambatan | Seniman berasal dari Australia, Jodi Rose, tertarik untuk mengahwini sebuah jambatan. Rose telah mengelilingi dunia demi merakam getaran kabel jambatan untuk projek muziknya yang dinamakan "Jambatan Bernyanyi". Ketika kali pertama melihat Le Pont du Diable, jambatan berusia 600 tahun di Perancis Selatan, Rose mengetahui dia sudah menemukan "cinta sejatinya". Laman Huffington Post melaporkan, pertemuan peribadi diadakan di pintu masuk "pengantin lelaki" bersama dengan 14 hadirin yang hadir. Saat itu Jodi merancang agar perkahwinannya yang "berbeza" tetap memiliki kesan tradisional dengan menggunakan gaun berwarna gading panjang dan membawa seikat bunga yang indah.

Meskipun hubungan mereka tidak diakui undang-undang di Perancis, Rose mengatakan bahawa perkahwinan mereka akan sama kuatnya dengan perkahwinan lainnya. "Dia memahami jika aku mencintai jambatan dan lelaki lain. Hubungan kami adalah cinta yang mencakupi kesemua liku-liku kehidupan, sebagaimana terwujud dalam pusaran arus sungai yang mengalir di bawah tubuh megahnya," ungkap Rose dalam blognya.

 Di sana Rose juga menulis bahawa kisah asmara yang mereka bina ibarat dongeng cinta moden. Dia mengatakan telah mengelilingi dunia selama lebih dari 10 tahun untuk membuat muzik dari suara jambatan. Saat merasakan getaran Le Pont du Diable, Rose merasa getaran itu memang diciptakan untuk dirinya. Rose melanjutkan bahawa perkahwinan mereka terjadi atas restu dan sokongan dari teman-temannya yang berasal dari Barcelona, seniman dan masyarakat kota Arles-sur-Tech dan Ceret. Meskipun terbuat dari batu, Rose merasakan kehadiran "suaminya" tersebut begitu nyata.- Huffington





.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on July 21, 2013 at 12:01 PM said...

apakah peliknya cerita nih.. Hehehe

FaKArePa!n on July 21, 2013 at 1:39 PM said...

xde kerja...
sigh..

MALAYSIA VS CHELSEA FC TAK AKAN DISIARKAN SECARA LANGSUNG- ASTRO

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!