Friday, August 16, 2013

Cicak kering dalam peket agar-agar



Cicak kering dalam peket agar-agar | Hasrat sebuah keluarga menyediakan agar-agar koktel kepada tetamu majlis rumah terbuka mereka pada hari raya kelima, terbantut apabila melihat seekor cicak yang sudah kering di dalam sepeket agar-agar yang baru dibeli. Kakitangan Pejabat Kesihatan Negeri, Mohd Azli Deraman, 36, berkata, ketika membeli agar-agar tersebut, dia tidak perasan cicak di dalam peket berkenaan, sehingga tiba hari mereka sekeluarga mahu menyediakan koktel tersebut. “Pada mulanya, kami sekeluarga ingatkan objek berwarna hitam itu agar-agar yang terlalu kering sehingga menjadi hitam, tetapi apabila mengamatinya dengan teliti, saya mendapati ia seekor cicak.

“Terkejut dengan penemuan tersebut, saya terus buang tiga lagi peket agar-agar yang dibeli dengan jenama sama walaupun tidak mengandungi cicak kering dan menggantikannya dengan jenama lain untuk membuat koktel,” katanya kepada Sinar Harian. Azli berkata, dia sekeluarga jarang membuat koktel kecuali jika ada majlis besar atau meraikan tetamu. "Kejadian ini memberi pengajaran kepada kami sekeluarga supaya lebih berhati-hati ketika membeli terutama bahan makanan," katanya. -SH




.

3 Penyokong CHELSEA:

MAY on August 16, 2013 at 8:09 PM said...

Weeee..yek...brand mne tu

Adam Hakimie on August 16, 2013 at 9:30 PM said...

nasib baik tak termakan.. hehe

Unknown on August 16, 2013 at 11:00 PM said...

nasib baik cicak tu xmasuk dalam koktel..kalo x nti jadi koktel perisa cicak la kan =)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!