Friday, August 16, 2013

Apa kaitan Justin Bieber dengan rumah Michael Jackson?


Apa kaitan Justin Bieber dengan rumah Michael Jackson? | APA sahaja yang dilakukan oleh artis ini selalu menjadi perhatian. Bermula dengan perangainya yang suka mencari masalah hingga ke kisah percintaan yang tidak kesampaian. Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang sering dikatakan comel oleh peminatnya iaitu Justin Bieber. Terbaru, Bieber sekali lagi menarik perhatian media dengan kenyataan yang dikeluarkan. Dikhabarkan, Bieber kini ingin lari daripada kehidupan sibuk di Los Angeles, Amerika Syarikat dan ingin mencari kediaman yang lebih tenang dan mendamaikan. Menurut portal hiburan Sunday People, Bieber dikatakan telah menghantar beberapa orang untuk melihat rumah mendiang Raja Pop dunia, Micheal Jackson di Neverland.

Menurut sumber daripada pihak pengurusan Bieber, penyanyi itu ada bertanyakan tentang perkara ini kepada mereka dan ia dipersetujui oleh pihak pengurusan. “Kami setuju dengan idea Bieber untuk menyepi seketika apatah lagi sejak kebelakangan ini penyanyi itu banyak dikaitkan dengan gosip yang tidak menyenangkan bukan sahaja dirinya, tetapi juga kerjayanya sebagai seorang penyanyi. “

Malah, ada gosip yang sebenarnya telah membuatkan Bieber sendiri tertekan seperti gosip menendang seorang model dan meludah kepada salah seorang peminatnya. “Ada baiknya jika Bieber mengambil langkah untuk berehat seketika," jelas pihak pengurusan Bieber. Selain rumah mendiang Jackson, Bieber juga dikatakan telah melakukan tinjauan di tiga buah rumah agam yang lain. Namun, kemungkinan besar Bieber akan membeli Neverland kerana Jackson telah menjadi idolanya sejak daripada dahulu lagi. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!