Tuesday, August 13, 2013

Gambar terkini Datuk Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah Tengku Izham



Gambar terkini Datuk Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah Tengku Izham | Kemunculan sekeping gambar di akaun Instagram Asyraf menunjukkan Datuk Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah Tengku Izham menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat. Ramai beranggapan yang hubungan kedua dua mereka kini sudah pun baik selepas di’khabarkan agak tegang beberapa tahun sebelum ini atas sebab sebab yang tidak perlu kami uraikan.

Datuk Siti Nurhaliza menerusi Berita Harian bagaimana pun berkata yang hubungan beliau & Tengku Zawiyah sudah lama baik dan mengharap para peminat tidak memberikan persepsi negatif lagi terhadap mereka. “Hubungan kami memang baik dan mungkin disebabkan gambar itu baru saja tersiar menyebabkan ramai yang menyangkakan kami baru saja berbaik,” ujar Siti Nurhaliza yang turut mengakui sudah banyak kali bertemu ibu Asyraf sebelum ini. “Bersempena hari baik bulan baik ini, adalah lebih baik mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia ada,” tambahnya lagi. -BH





.

3 Penyokong CHELSEA:

Unknown on August 13, 2013 at 10:04 PM said...

Salam Lebaran dan Salam Perkenalan :)
Singgah-singgah lahh ke Blog Saya ;)

Zaza Iman on August 13, 2013 at 11:32 PM said...

suka siti dulu dan kini..manis =)


salam raya lulu =)

aizamia3 on August 14, 2013 at 8:00 AM said...

Moga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!