Dari bangku sekolah Aisyah Nasuha jatuh hati dengan pelajar yang hanya digelarnya M. Dan sebelum cintanya terbalas, dia terpaksa membawa diri disebabkan masalah keluarga yang dihadapinya. Masalah keluarga itu menjadikan dia seorang yang tabah dan berdikari. Sehinggalah suatu hari ketika usia di alam pekerjaan dia bertemu semula dengan M, tanpa dia sedari M atau nama sebenarnya Mikail Islam turut menyimpan rasa terhadapnya sekian lama.
Sebelum sempat Aisyah Nasuha menyedari kehadiran M, Adi Putra muncul dalam hidupnya, dan kerana ketulusan hati Adi Putra, mereka bersatu dalam ikatan perkahwinan. Betapa hancurnya hati M ketika itu, namun dia berundur walaupun tanpa rela. Menjadi isteri Adi Putra menjadikan Aisyah Nasuha isteri yang sangat bahagia. Namun tidak selama-lamanya kerana Adi Putra meninggal dunia, meninggalkan Aisyah Nasuha yang sedang hamil. Dugaan itu terlalu berat buatnya yang baru juga kehilangan ibu. Apa akan jadi pada Aisyah Nasuha, anak yang dikandungnya dan M?
Tajuk : Isteriku RomantikPenulis : Azale EshalHalaman : 417 muka suratHarga : RM18.90/RM19.90
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment