Inilah sijil kelahiran Putera George, Pewaris Ketiga takhta Britain | Duke of Cambridge, semalam secara rasmi mendaftar kelahiran putera sulungnya, Putera George dengan meletakkan pekerjaan isterinya sebagai 'Puteri United Kingdom'. Kate Middleton jarang menyifatkan dirinya sebagai seorang puteri merujuk kepada penggunaan gelaran Duchess of Cambridge yang diberikan oleh Ratu Elizabeth II kepadanya semasa perkahwinannya dengan Putera William. Namun, beliau juga merupakan Puteri William of Wales, sekali gus melayakkannya untuk digelar sebagai 'Puteri United Kingdom'.
Putera William pula meletakkan pekerjaaanya sebagai 'Putera United Kindom' dan bukan juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja Britain (RAF). Biasanya, ibu bapa perlu mendaftar kelahiran anak mereka di pejabat pendaftar dalam tempoh 42 hari selepas kanak-kanak itu dilahirkan. Namun, bagi kes Putera George, pewaris ketiga takhta Britain, timbalan pegawai pendaftar Westminster, Alison Cathcart, datang sendiri ke Istana Kensington bagi tujuan pendaftaran kelahirannya. William diberikan sijil biasa bagi mendaftarkan kelahiran Putera George Cambridge yang diisi oleh Cathcart sebelum ia ditandatangani oleh William. - AGENSI
.
3 Penyokong CHELSEA:
apa ke buruk sangat tulisan kat surat beranak dia tu?haha
sempoi gile tulisan tu.. tak kemas.
Ishhh....buruk..buruk. Diorang kena ikut contoh JPN Malaysia la kan...
Post a Comment