Sunday, August 4, 2013

Kehidupan yang bakal ditempuhi oleh anak Kim Kardashian dan Kanye West


Kehidupan yang bakal ditempuhi oleh anak Kim Kardashian dan Kanye West | KHABARNYA sebelum ini Kim Kardashian tidak mahu memanjakan anaknya North West dengan kemewahan. Namun melihatkan cara perbelanjaan Kanye West, sebaliknya yang berlaku. Baharu sahaja membeli kerusi keselamatan untuk bayi mereka berharga RM3,700, kehidupan hebat North ini memang sudah dijangka memandangkan ibu bapanya mempunyai pengaruh yang agak besar. Kerusi keselamatan berjenama Baby G2 itu bukan sahaja diakui ciri-ciri keselamatannya tetapi juga mempunyai perlindungan dari lensa paparazi. Kalau nak diikutkan kebelakangan ini West sudah melaburkan banyak wang untuk Kardashian dan anaknya.

Baharu sahaja menyiapkan ubahsuai rumah agam mereka dengan kos RM33 juta, usaha West ini sebenarnya adalah untuk menunjukkan dia memang sudah bersedia untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Tidak cukup dengan itu West juga baru-baru ini membeli enam katil mewah berharga RM22 juta sebagai persiapan rumah barunya itu. Ternyata selera West dan Kardashian untuk mendapatkan kehidupan mewah melampau terus ditunjukkan melalui persetujuan mereka mendapatkan mangkuk tandas bersalut emas dengan harga RM 1.5 juta.

 Menurut sumber, walaupun mencari kemewahan di dalam setiap kehidupan, West juga tidak melupai ciri-ciri keselamatan yang akan ditawarkan kepada Kardashian dan anak sulungnya. Sementara menunggu ubah suai rumahnya siap, West kini sedang menyewa rumah berdekatan keluarga Kardashian bagi memudahkan dia mengunjungi mereka. "Sesuatu yang menggembirakan untuk mereka, rumah tersebut sangat hebat, dan keluarga itu memang memerlukan privasi," kata sumber kepada majalah People. -AP





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!