Gempar : Simon Cowell hamilkan isteri teman baik | Ikon muzik terkenal, Simon Cowell mengejutkan dunia hiburan apabila dia bakal bergelar bapa hasil hubungan dengan isteri teman baiknya, Andrew Silverman iaitu sosialit Lauren Silverman. Menurut satu sumber seperti dipetik daripada laporan Us Weekly, kandungan hamil Lauren sudah berusia sepuluh minggu. Lauren yang masih bergelar isteri kepada Andrew, seorang jutawan hartanah bercadang untuk meninggalkan suaminya itu untuk bersama Cowell. "Lauren dan Andrew tidak gembira dengan perkahwinan mereka sudah sekian lama dan perceraian mereka hanya menunggu masa sahaja. Ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, dia dan Simon menjadi rapat," ujar sumber itu.
Berikutan berita mengejutkan ini, Andrew telah memfailkan perceraian pada dua minggu lalu, memberi sebab 'kecurangan' dan meletakkan nama Cowell sebagai responden bersama. Andrew dan Lauren yang telah berkahwin selama sepuluh tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun. Menurut satu sumber lain, Simon nyata terkejut dengan kehamilan yang tidak dirancang tersebut, namun dia dapat menerima kenyataan bahawa bayi yang bakal lahir itu adalah anaknya.
Ketika sidang media musim terbaru siri televisyen realiti "X-Factor" baru-baru ini, Cowell mengambil pendekatan untuk berdiam diri selepas seorang wartawan mengucapkan tahniah. "Malangnya perkara ini adalah peribadi. Salah satu daripadanya. Namun terima kasih atas ucapan tahniah anda," ujarnya. Terdahulu Cowell pernah beberapa kali memberitahu dia enggan mempunyai anak kerana ia memerlukan tumpuan sepenuhnya. Gambar mesra Simon, 53, bersama Lauren, 36, ketika bercuti di Caribbean pada Januari tahun lalu yang turut disertai Andrew turut disiarkan. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment