Friday, August 2, 2013

Kenapa buat macam tu dengan orang buta?


Kenapa buat macam tu dengan orang buta? | Seorang juruterbang pesawat syarikat penerbangan Sriwijaya Air, hari ini melakukan diskriminasi apabila menghalang seorang penumpang buta menaiki pesawat yang dipandunya, semalam. Juruterbang itu menyatakan dia tidak akan memulakan penerbangan, selagi penumpang buta bernama Deny Yen Martin masih berada di dalam pesawat berkenaan. Alasan juruterbang berkenaan tidak membenarkan Deny menaiki pesawat tersebut kerana dia tidak ditemani pendamping. Sebelum itu, Deny sudah diberi kebenaran ketika pendaftaran masuk oleh pengurusan Sriwijaya Air bagi laluan Jakarta-Surabaya, malahan dia sudah duduk di kerusi, tetapi diminta turun oleh juruterbang berkenaan.

Walaupun berlaku pertengkaran antara pengurusan Sriwijaya Air dengan juruterbang itu, dia tetap memaksa penumpang buta tersebut turun, lapor portal berita detik.com, hari ini. Sehubungan itu, pengurusan Sriwijaya Air yang kesal dengan kejadian tersebut telah memohon maaf kepada Deny dan menguruskan perjalanannya ke Surabaya dengan menaiki pesawat lain. "Kita sudah meminta maaf dan masalah itu sudah selesai," kata Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Sriwijaya Air, Agus Sujono. - UTUSAN





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!