Budak lelaki meninggal dunia kerana berpuasa? | Seorang budak lelaki menjadi warga pertama Oman meninggal dunia ketika berpuasa disebabkan kekurangan air, awal minggu ini. Budak itu dikejarkan ke hospital dua jam sebelum waktu berbuka puasa tetapi diisytiharkan mati sebaik tiba di wad kecemasan. Kanak-kanak itu tidur pada petangnya dan ibu bapanya lupa untuk menyedarkannya, kata sumber hospital kepada Times of Oman. Ia menyebabkan doktor di emiriyah itu mengingatkan ibu bapa supaya tidak memaksa anak mereka yang masih kecil supaya berpuasa. Ini bukan kali pertama kami merawat seorang kanak-kanak dalam keadaan kritikal di wad kecemasan kerana berpuasa.
Kali pertama
'Apa yang saya tahu, ini kali pertama kematian dicatat. Memang benar, ramai yang tiba di sini disebabkan kekurangan air hingga berkeadaan tenat. Ibu bapa tidak boleh paksa anak mereka berpuasa. Dari segi perubatan, usia 12 tahun adalah permulaan minimum untuk seorang kanak-kanak berpuasa sepenuhnya', kata seorang doktor di Hospital Diraja kepada akhbar itu. Ahli agama di Oman juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak memaksa anak mereka yang masih kecil berpuasa mengikut tradisi di sini. Agama Islam menyatakan, kanak-kanak yang akil baligh mesti berpuasa iaitu antara usia 13 atau 14 tahun. Anda boleh mulakan dengan menyuruh mereka berpuasa beberapa jam dan meningkatkannya sebagai cara menyesuaikan diri berpuasa. Tujuh tahun adalah usia yang terlalu muda untuknya berpuasa sekalipun separuh hari khususnya ketika musim panas, kata imam masjid daerah Seeb, Sheikh Salim Al Shraiqi. -AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment