Saturday, September 14, 2013

Bayi setahun lapan bulan maut dihempap tv


Bayi setahun lapan bulan maut dihempap tv | Seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan maut akibat dihempap sebuah televisyen di pusat asuhan di Taman Bersatu, Rawang, dekat sini hari ini. Kejadian berlaku pukul 6.30 pagi ketika mangsa, Rabiatul Adawiyah Adlan dikatakan bermain-main di rak televisyen yang menempatkan sebuah televisyen bersaiz 29 inci. Bapa mangsa, Adlan Mustapha, 40, berkata, beliau percaya rak televisyen berkenaan berada pada kedudukan tidak stabil sehingga menyebabkan objek itu tiba-tiba terjatuh dan menghempap anaknya. "Saya menghantar Rabiatul Adawiyah dan kakaknya berusia empat tahun sekitar pukul 6.20 pagi sebelum bergegas ke ibu kota untuk bekerja. "Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada pengasuh pusat berkenaan, saya berpatah balik dan terus membawa anak ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan," kata kakitangan sebuah bank itu ketika dihubungi hari ini.

Menurut Adlan, anaknya disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan serius di kepala. Jenazah Rabiatul Adawiyah yang merupakan anak bongsu daripada lima adik beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak petang ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang menimpa bayi berkenaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). -Utusan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!