Saturday, September 7, 2013

Kenaikan Harga Minyak Bukan Alasan Naik Harga Rumah.. (apa kata menteri yang bertanggungjawab)


Kenaikan Harga Minyak Bukan Alasan Naik Harga Rumah.. (apa kata menteri yang bertanggungjawab) | Kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan alasan oleh pemaju untuk menaikkan harga rumah sehingga 10 peratus. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pada asasnya harga rumah banyak bergantung kepada faktor permintaan pembeli dan bukannya bergantung kepada harga minyak sepenuhnya. "Pada saya harga rumah ni tak ada kaitan dengan harga minyak, jadi saya harap kementerian berkenaan akan memantau soal ini untuk memastikannya dalam keadaan terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ramah mesra rakyat Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut di sini, Jumaat.

Majlis turut dihadiri Pengarah Urusan SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hartanah dan Pemaju Malaysia Datuk Seri Yam Kong Choy dalam sebuah portal semalam yang menyatakan tentang kemungkinan berlaku peningkatan 10 peratus terhadap harga rumah pada masa kini. Kenaikan itu disebabkan oleh langkah kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter selain ketidakhadiran pekerja asing di tapak binaan, ekoran operasi bersepadu 6P mengesan pekerja asing tanpa izin yang dilancarkan oleh kerajaan Ahad lepas.

Sementara itu, Kamarul berkata SPNB tidak bercadang menaikkan harga rumah ekoran kenaikan harga minyak seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. "Permintaan rumah tidak ada kaitan dengan kenaikan harga diesel, sebaliknya harga dalam sektor hartanah banyak bergantung kepada pemintaan daripada pembeli. "Berikutan langkah bank memperketatkan pinjaman perumahan baru-baru ini, jumlah pembeli yang berkelayakan juga semakin berkurang dan saya tidak menjangkakan pemaju sanggup menaikkan harga rumah dalam keadaan pada masa kini," katanya ketika mengulas perkara tersebut. -BERNAMA



P/S - Gambar sekadar hiasan..




.

4 Penyokong CHELSEA:

blogger lelaki on September 7, 2013 at 10:27 AM said...

harga minyak jangan buta main..sekali dia naik..semua benda jadi naik..sampai rakyat pun jadi naik angin..hu3

blogger lelaki on September 7, 2013 at 10:28 AM said...

bukan penyokong chelsea dtg komen boleh tak

Akmall Razlan on September 7, 2013 at 10:48 AM said...

Harga Rumah takde kaitan dengan kenaikan harga bahan api? Terasa sedih pulak dengan kenyataan tu, bukan ke yang bawak segala jenis batu dan pasir tu menggunakan minyak? petrol, diesel kan? jadi, secara tak langsung, ia menaikkan harga minyak, kan? ke cuba bawak benda ni ke Menteri Pengangkutan yang dipangku oleh Hishamuddin, tanya dia camne? ke lori2 besar tu guna air je kalau nak hidup? gitu? urg, sedih!

Solehah Shamsuddin on September 7, 2013 at 2:50 PM said...

Betul tu.melampau la klu naik smpai 10%.

Minta komen entry ni :

http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2013/08/mykad-smart-shopper.html

Tq :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!