Sunday, September 8, 2013

PERGI TANPA ALASAN - HANI FAZUHA




PERGI TANPA ALASAN - HANI FAZUHA | Tak keterlaluan rasanya kalau lulu mengkategorikan novel yang satu ni 18sx. Novel ini mengisahkan Rihanna seorang wanita yang mendapat hidayah, meninggalkan zaman kelamnya seperti pelacur kelas atasan. Menjadi teman pendamping pada lelaki-lelaki berhidung belang dan mendapat bayaran yang lumayan - itulah kerjanya dahulu. Dan kini dia benar-benar mahu berubah. Berubah 100% penampilannya, kini dia bertudung. Di zaman kelamnya itulah dia mengenali Hakim, yang menganggap dia seorang wanita yang istimewa.

Pertemuan semulanya dengan Hakim, membuatkan Hakim nekad kembali mendekati Rihanna. Dan apabila sahabat rapat Hakim sendiri secara terang-terangan mengakui jatuh hati dengan Rihanna, Hakim sudah jelas tidak boleh duduk diam. Pertunangan dan rancangan perkahwinan dengan gadis pilihan ibu bapa, Nelly sudah tidak diendahkan lagi, kerana dia nekad memperisterikan Rihanna. Pada Rihanna dan keluarga dikhabarkan keluarganya akan merisik dan meminang. Dan sebenarnya seluruh persiapan perkahwinan mereka, adalah tanpa pengetahuan ibu bapa Hakim sendiri, Datuk Adam dan Datin Azura.

Perkahwinannya memang bahagia, dia rela kehilangan segala-galanya demi Rihanna. Dengan memeluk Rihanna sudah mampu membuatkan hatinya tenang dan umpama dos yang boleh menghilangkan pelbagai jenis penyakit yang menyerang. Namun hakikatnya ada pelbagai masalah yang timbul disebabkan keputusannya mengahwini Rihanna.


Tajuk : Pergi Tanpa Alasan
Penulis : Hani Fazuha
Halaman : 500 muka surat
Harga : RM23




P/S - Fully Recommended by Lulu Caldina




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!