Sunday, September 29, 2013

YA MAULANA - HANA ILHAMI



Novel ini adalah novel terbaru dari penulis PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Melalui novel pertama saja, sudah memikat hati, oleh itu hasil tulisan terbaru penulis ini, memang harus dimiliki.

Ya Maulana, mengisahkan Adra Liyana, seorang gadis bandar yang ditugaskan oleh daddynya ke Kampung Pulau Sayak, mengadakan perbincangan dengan Maulana Iqbal bagi memindahkan Pusat Tahfiz Darul Ulum untuk membina sebuah resort bertaraf antarabangsa disitu. Dalam perancangan Tan Sri Haniff, Pusat Tahfiz itu tidak sesuai dalam resort yang bakal dibina kerana perwatakan anak-anak yatim disitu yang berpakaian seolah-olah terorist pada pandangan orang luar negara. Dalam pada Maulana Iqbal tegar mempertahankan Darul Ulum, Adra Liyana yang sedar misinya di kampung itu tidak akan menjadi kenyataan, nekad melakukan sesuatu dengan rancangan teliti dari Rafiqi, kekasih hati yang juga merupakan pekerja kepada daddynya. Adra Liyana ditangkap khalwat bersama Maulana Iqbal dan mahu tidak mahu mereka dinikahkan.

Adra Liyana yang menjadi mangsa dalam rancangan itu, terpaksa menerima kehidupan dalam persekitaran baru dan terikat dengan syarat yang telah dipersetujui suami dan daddynya demi projek resort antarabangsa itu. Kehidupan Adra Liyana yang bebas di bandar  menjadikan dia sukar menjadi isteri Maulana Iqbal, apatah lagi apabila dia diarahkan menutup aurat. Kehadiran Sumayyah memang banyak membantu Adra Liyana menyesuaikan diri. Namun, selepas itu projek resort antarabangsa masih belum dapat diselesaikan. Apatah lagi, meihatkan Adra Liyana mula 'jatuh hati' dengan Kampung Pulau Sayak, dan Rafiqi yang mulai jatuh cinta dengan gadis kampung itu. Mampukah mereka mempertahankan Darul Ulum dari dipindahkan? Dan mari kita selami hati Adra Liyana yang semakin terpikat dengan suami sendiri.. :)



Tajuk : Ya Maulana
Penulis : Hana Ilhami
Halaman : 1021 muka surat
Harga : RM35/RM38




P/S - Recommended by Lulu Caldina





.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

ramai kata best tapi tak terbeli2 lg sebab pending dari pesta buku haritu pun tak terbaca2 lg

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!