Friday, October 18, 2013

Anak seolah dirasuk tikam bapa sampai mati


Anak seolah dirasuk tikam bapa sampai mati | Ibarat dirasuk syaitan, seorang lelaki menikam bapanya dipercayai dengan menggunakan parang dan pisau sebelum mencekik warga emas berusia 70 tahun itu sehingga mati di rumahnya di Flat Sri Melaka, Cheras, di sini awal pagi ini. Menurut sumber, kejadian pukul 2.30 pagi itu disedari beberapa penduduk yang terdengar jeritan mangsa semasa sedang bersantai di taman permainan di kawasan terbabit lalu bergegas menuju ke unit kediaman terbabit. "Setibanya mereka di situ, suspek sedang memegang sebilah parang yang berlumuran darah di ruang tamu manakala mangsa ketika itu masih bernyawa tetapi berada dalam keadaan separuh sedar di dapur.

"Penduduk mengarahkan suspek mencampakkan senjata tetapi dia enggan sebaliknya berlari ke dapur dan mencekik bapanya yang ketika itu sudahpun dalam keadaan parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Tambah sumber lagi, bagi mengelak suspek bertindak lebih agresif terhadap mangsa, saksi bersama seorang lagi rakannya menangkap lelaki itu lalu mengikatnya sementara menunggu polis tiba. Ketika polis tiba di lokasi, katanya, suspek didapati berada dalam keadaan 'tidak menentu'. "Polis kemudian merampas sebilah parang dan pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

"Mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tetapi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Hasil pemeriksaan, terdapat tiga kesan tikaman di tubuh mangsa," katanya lagi. Kata sumber itu lagi, kes tersebut masih dalam siasatan dan suspek juga sedang direman. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. - Utusan



P/S - Gambar sekadar hiasan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!