Wednesday, October 16, 2013

Anggota polis tak sengaja tertembak kanak-kanak berusia 10 tahun


Anggota polis tak sengaja tertembak kanak-kanak berusia 10 tahun | Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera terkena tembakan ketika seorang anggota polis yang sedang mengosongkan senjatanya terlepas satu das tembakan di hadapan sebuah rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit pada Isnin. Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, DSP Leong Ah Kow berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, tembakan itu menyebabkan Mohd Amar Mohd Azizi yang berada kira-kira 40 meter dari rumah berkenaan cedera di bahagian leher. Mangsa dibawa ke sebuah klinik di Parit dan kemudian ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan.

"Setelah x-ray dilakukan, didapati terdapat anak peluru di bahagian dalam kerongkong mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk pembedahan. Leong berkata, polis merampas sepucuk pistol jenis P99 dan satu magazine dengan 14 butir peluru milik suspek. "Kelongsong peluru telah ditemui dan daripada keterangan suspek, senjata itu dibekalkan secara mingguan," katanya. - BERNAMA





P/S - Gambar sekadar hiasan




.

1 Penyokong CHELSEA:

Mohamad Fathi on October 16, 2013 at 8:59 AM said...

kesian dak tu..huhuh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!