Dia menjadi kanak-kanak pertama di United Kingdom (UK) yang memakai kaki palsu robotik | Seorang budak lelaki di sini yang kehilangan sebelah kakinya akibat barah tulang, kini menjadi kanak-kanak pertama di United Kingdom (UK) yang memakai kaki palsu robotik. Kaki kiri Eddy Parry, 5, terpaksa dipotong pada Mei lalu ekoran terdapat tumor besar. Sehubungan itu, ibu bapa Parry meminta pakar bedah yang memotong kaki anaknya mereka kaki palsu robotik yang berfungsi sama seperti kaki sebenar. Pada mulanya, cadangan itu dianggap mustahil oleh pakar bedah yang merawat Parry kerana tidak ada kanak-kanak yang menggunakan kaki palsu robotik.
Bapanya, Jon Parry berkata, dia mahu melihat anaknya berjalan seperti kanak-kanak yang lain, dengan menggunakan kaki palsu yang berfungsi sama seperti kaki sebenar. "Kebanyakan kaki palsu yang ada di pasaran tidak boleh dibengkokkan seperti kaki sebenar dan keadaan itu sebenarnya menyukarkan pergerakan,'' katanya.
Setelah diteliti semua aspek, akhirnya pakar bedah bersetuju memasang kaki palsu robotik pada Parry. Satu rangka besi ditanam pada peha Parry bagi menggantikan tulang kaki yang dipotong, sebelum kaki palsu robotik tersebut dipasang. Selepas kaki palsu itu dipasang, Parry dapat berjalan dan berlari seperti kanak-kanak lain. Parry pernah menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 45 sesi, termasuk 26 kali pemindahan darah sejak disahkan menghidap barah tulang pada Ogos tahun lalu. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment