Wednesday, October 9, 2013

Guru di negara ini dikatakan menerima gaji tertinggi di dunia


Guru  di negara ini dikatakan menerima gaji tertinggi di dunia | Indeks Status Guru Dunia 2013 yang disusun profesor dari universiti di England menempatkan Swiss sebagai negara dengan gaji guru tertinggi di dunia. Sementara, Mesir dicatatkan memberi gaji guru paling rendah di dunia. Indeks tersebut diperolehi daripada kajian mendalam dari 21 negara yang bertujuan mengeksplorasi penghargaan awam terhadap guru. Berdasarkan indeks, guru memiliki status tertinggi di China dan status terendah di Israel. Berdasarkan laporan emirates247, guru mendapat penghormatan lebih di China, Korea Selatan, Turki, Mesir, dan Yunani dibandingkan dengan negara Eropah lain. AS dan England berada di tengah-tengah untuk indeks status guru.

Sementara, gaji guru tertinggi diberikan di Swiss dengan gaji kasar 47,783 dolar AS per tahun. Manakala gaji terendah diberikan oleh Mesir dengan gaji 4199 US dolar per tahun. Akan tetapi, dengan melihat semua perspektif, gaji guru di Singapura merupakan gaji terbaik dengan gaji kasar per tahun mencapai 35,000 US dolar. Lima negara yang memberikan gaji tertinggi lainnya adalah AS, Korea Selatan, Jepun, dan Jerman. -EMirates247





.

2 Penyokong CHELSEA:

mselim3 on October 9, 2013 at 2:23 PM said...

Assalammualaikum...lulu,

Gaji guru tinggi adalah tanda penghargaan kepada jasa guru2 yang telah menjalankan kerjaya dengan penuh komitmen.

mselim3

Akmall Razlan on October 9, 2013 at 7:11 PM said...

amboi.. antara tertinggi? kelas! patutlah ramai nak jadi guru...hihu.. dah jadi guru... ajar anak murid betul2 yer...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!