Inilah pertanyaan terakhir arwah Norazita Abu Talib kepada suaminya | "Awak sayangkan saya tak?" Itulah pertanyaan terakhir Norazita Abu Talib, 37, pegawai operasi AmBank yang mati ditembak oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri dalam rompakan di Jalan USJ Sentral 2, semalam, kepada suaminya, Irwan Kamarudin, 37. Menurut Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi, ungkapan itu diluahkan Norazita ketika menghubunginya menerusi panggilan telefon bimbitnya kira-kira sejam sebelum kejadian. "Saya terima panggilan telefon itu pukul 5.15 petang yang semata-mata mahu bertanyakan soalan sama ada saya menyayangi dia. "Selepas saya menjawab bahawa saya sayangkan arwah, dia terus memberitahu dia sedang sibuk dan terus mematikan talian telefon," katanya dalam nada sebak tetapi tenang ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang semalam.
Irwan berkata, dia kemudian menghubungi semula isterinya itu kira-kira pukul 6.30 petang kerana bimbangkan keselamatan arwah yang akan memandu pulang dalam keadaan hujan lebat. Bagaimanapun, katanya, panggilan itu tidak dijawab dan dia cuba menghubunginya sekali lagi sebelum dijawab oleh majikannya. "Ketika majikan isteri saya menjawab panggilan tersebut, dia hanya meminta saya datang segera ke bank tetapi tidak memaklumkan kejadian yang menimpanya sehinggalah saya sendiri mengetahuinya sejurus tiba di situ. Lemah kaki dan menggigil badan saya apabila mengetahui wanita yang mati ditembak di dalam bank tersebut adalah isteri saya," katanya lagi. Selama 13 tahun mendirikan rumahtangga, Irwan menyifatkan Norazita seorang yang baik dan taat menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.
Anak arwah, Nurnisa Nabilah, 12, pula berkata, semalam pertama kali ibunya tidak menghantar dia dan adiknya, Mohd. Hazimy ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari kerana kesuntukan masa. Nurnisa menyifatkan ibunya seorang yang penyayang walaupun tegas dan garang dalam mendidik anak-anak. "Walaupun mama garang, saya sangat rapat dengannya. Saya sayangkan mama," katanya sambil menitiskan air mata. Sementara itu, jenazah arwah Norazita selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Air Hitam Labu di Kampar, Perak kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan, pemimpin setempat serta pegawai AmBank hadir dalam majlis pengebumian itu. -Utusan
.
9 Penyokong CHELSEA:
alfatihah...
Assalammualaikum...lulu,
al-fatihah.. sedih pulak baca entry nie...
mselim3
memang sedih...
manusia yg membunuhnya perlu dihapuskan segera.. tiada hukuman lain yang setimpal
semoga syurga tempatnya .amin.al-fatihah ..
Ditembak pegawal banknya sendiri? alaa...tak baca paper smlm. Nak cari hari ni. AlFatehah utk arwah dan takziah.
Al fatihah
al fatihah
al fatihah...
al fatihah.. semoga pembunuh pegawai tersebut akan dibeli hukuman yang sepatutnya.
Post a Comment