Inilah punca kereta api Bukit Bendera terkandas | Gangguan bekalan elektrik menjadi punca kereta api Bukit Bendera terhenti di pertengahan landasan ketika menuruni bukit sehingga menyebabkan lebih 100 pengunjung terkandas hampir dua jam malam tadi. Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera (PHC), Lawrence Khoo berkata, dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, tindakan beberapa penumpang yang menendang pintu serta cuba memecahkan cermin tingkap sebelum meluru keluar beramai-ramai sebaik sahaja pintu terbuka secara paksa menyebabkan situasi menjadi bertambah buruk.
"Kita ada bekalan tenaga elektrik simpanan yang boleh diguna ketika kecemasan dan ia memerlukan kurang dari 10 minit untuk kita teruskan semula operasi. "Tapi ia tidak dapat membantu kerana sistem itu terganggu disebabkan penumpang berjalan atas landasan menyebabkan bekalan tenaga elektrik tidak dapat disalur kepada koc kereta api," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
.
1 Penyokong CHELSEA:
penumpang pulak buat hal..dah cuak kot
Post a Comment