JODOH ITU MILIK KITA - SARA AISHA | Bila novel ini didramakan, baru nak terhegeh-hegeh memiliki novel ni. Dan yeay, jalan ceritanya memang best sangat, rugi tak beli dari awal. Dah lah cerita best, masa baca tu terbayang-bayang pelakon drama tu, Farid Kamil dan tiz Zaqyah.
Hari perkahwinan yang sepatutnya indah buat Dahlia, menjadi kacau disebabkan pengantin lelaki sendiri, yang juga tunangnya, Syafiq nekad tidak hadir dalam majlis itu dan lari keluar negara mencari bekas kekasihnya, Alya. Demi menjaga nama baik keluarga Dahlia, Aariz Danial yang juga abang Syafiq, sanggup menggantikan tempat adiknya, untuk dinikahkan dengan Dahlia. Ya, perkahwinan itu terjadi tanpa adanya cinta, namun Aariz Danial bersedia menjadi suami Dahlia.
Walaupun terasa dikhianati oleh tunang sendiri, Dahlia yang terluka mula bahagia melayari kehidupan suami isteri bersama Aariz Danial. Aariz merupakan seorang yang sangat penyayang malah suka mengusiknya. Meskipun mereka hanya umpama sahabat, namun tanpa mereka sedari wujudnya rasa cinta yang membuatkan mereka terasa saling memerlukan. Kehadiran Syafiq ketika Dahlia ke Tawau atas tuntutan kerja, membuatkan Aariz rasa serba tak kena. Dalam hati dia tahu, Dahlia bukan untuknya, Dahlia adalah untuk Syafiq dan mahu tidak mahu dia kena rela melepaskan Dahlia walaupun dia mula sepenuh hati menyayangi isterinya. Dan benar, Aariz melakukan pelbagai cara untuk membuatkan Dahlia bencikannya, namun tidak berjaya. Keadaan semakin serius, apabila Syafiq ternyata umpama duri dalam daging yang berniat untuk memporak-porandakan hidup Aariz dan merampas Dahlia. Kenapa Syafiq begitu bencikan Aariz Danial?? Berjayakah rancangan jahat Syafiq? Jom beli novel ini :)
Tajuk : Jodoh Itu Milik KitaPenulis : Sara AishaHalaman : 766 muka suratHarga : RM26/RM29
P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment