Monday, October 28, 2013

Kisah Antonia Kozakova yang berbeza daripada orang lain



Kisah Antonia Kozakova yang berbeza daripada orang lain | TIADA apa yang menarik atau istimewa tentang cerita seorang wanita yang suka mengumpul napkin berbanding mereka yang gemar menyimpan barangan antik mahupun koleksi baju lama. Namun, kisah Antonia Kozakova mungkin berbeza daripada cerita-cerita hobi yang sering dibaca atau didengar oleh orang ramai. Hal ini kerana, Kozakova berjaya membuktikan dirinya berbeza apabila dia mempunyai koleksi napkin pelbagai rekaan sebanyak 62,757 helai. Wanita kelahiran Slovakia berusia 39 tahun itu mula mengumpul napkin sejak 16 tahun lalu dan kesemua koleksinya ditempatkan di dalam pejabatnya. Apa yang lebih menarik, koleksi napkin Kosakova yang diperoleh dari pelbagai negara melayakkannya memegang rekod pengumpul napkin terbanyak di dunia buat tiga kali berturut-turut.

Kozakova memecah rekod pertama pada 2007 apabila berjaya mengumpul napkin sebanyak 21,000. Sejak itu, Kozakova meneruskan pengumpulan napkin sehingga membolehkan dia memecah rekod buat kali kedua pada 2008 dengan 30,300 napkin dan buat kali ketiga dalam tahun yang sama dengan 50,000 napkin. Kini, koleksi napkinnya semakin menginjak ke angka 63,000 dan bakal menyaksikan Kozakova memecah rekod buat kali keempat. Kesemua napkin milik Kozakova dianggarkan bernilai 300,000 pound (RM1.5 juta) termasuk sehelai napkin kecil yang berukuran lima sentimeter panjang, manakala napkin terpanjang berukuran hampir 122 sentimeter. Kozakova turut memiliki sehelai napkin era 1940-an, selain napkin dengan rekaan duit kertas 50 pound dan napkin yang memaparkan imej dua anggota kumpulan The Beatles iaitu Ringo Starr dan John Lennon.

Ketika koleksi napkinnya semakin mencipta populariti, Kozakova juga menyatakan bahawa hobinya itu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan orang ramai. Kebanyakan penduduk di kawasan kediamannya di Ruska termasuk peminatnya dari seluruh dunia akan menghantar pelbagai napkin unik dan manarik kepadanya untuk menambah koleksi. Kozakova memberitahu dia tidak mungkin berhenti mengumpul napkin dan akan meneruskan hobinya itu sehingga koleksinya mencecah 100,000 helai. Wanita itu melahirkan hasrat untuk memiliki napkin yang memaparkan wajah dan namanya. Impiannya itu berasaskan salah satu napkin dalam simpanannya yang didakwa pernah ditandangani oleh aktor kegemarannya iaitu Arnold Schwarzenegger. Namun Kozakova tidak dapat menunjukkan bukti yang dia memiliki napkin dengan tandatangan idolanya itu kerana sehingga kini dia masih belum dapat menemui napkin tersebut yang disimpan bersama ribuan napkin lain. - AGENSI





.

1 Penyokong CHELSEA:

Solehah Shamsuddin on October 29, 2013 at 12:35 AM said...

Wah napkin dia cantik2 la. Agak2nya la dy akan jual ke x nt ye. Bukan senang nak dapat napkin dari seluruh dunia.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!