Wednesday, October 30, 2013

Lagi pengawal keselamatan kantoi guna kad pengenalan palsu untuk bekerja


Lagi pengawal keselamatan kantoi guna kad pengenalan palsu untuk bekerja | Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menahan dua rakyat Filipina yang menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah premis di Selangor. Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap 282 pengawal keselamatan di beberapa premis sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Katanya, hasil semakan terhadap kad pengenalan kedua-dua individu itu mendapati mereka menggunakan kad pengenalan rakyat tempatan untuk bekerja di negara ini.

"Mereka ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini juga atas kesalahan memalsukan kad pengenalan dan dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan. "Hasil pemeriksaan juga mendapati kedua-dua warga Filipina ini menggunakan kad pengenalan yang dikeluarkan JPN, tetapi siasatan masih dijalankan bagaimana mereka memperolehnya sama ada terjumpa, curi atau ada rakyat tempatan yang jual," katanya dalam sidang akhbar mengenai isu kad pengenalan palsu di pejabatnya, di sini hari ini. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan JPN menggunakan kaedah biometrik untuk memeriksa identiti semua pengawal keselamatan di seluruh negara.

Arahan tersebut dibuat ekoran kes pembunuhan kejam pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib baru-baru ini oleh seorang pengawal keselamatan yang menggunakan kad pengenalan palsu. Menurut Jariah, operasi menyemak kad pengenalan pengawal keselamatan menggunakan kaedah biometrik yang baru bermula hari ini disertai kira-kira 50 anggotanya yang bergerak secara serentak di lima kawasan tersebut. -SH




P/S - Gambar sekadar hiasan




.

4 Penyokong CHELSEA:

mila on October 30, 2013 at 10:57 AM said...

ak pelik btl..kalo terjumpa sekali pon, xkan muka blh sm plak..bengong la..org JPN pon.kalo bersubahat bab ni boleh je..kalo bab2 yg utk rkyt sndiri bukan men susah...bodoh bangang.

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on October 30, 2013 at 5:36 PM said...

@Cik Cammy Lia setuju.something smells fishy..

see on October 31, 2013 at 12:18 PM said...

Co.yg amik dorg keja ptt suruh tutup bisnes!!!!

see on October 31, 2013 at 12:19 PM said...

Co.yg amik dorg keja ptt suruh tutup bisnes!!!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!