Monday, October 14, 2013

Luahan hati pelakon Almy Nadia mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Fizz Fairuz



Luahan hati pelakon Almy Nadia mengenai hubungannya dengan bekas kekasih, Fizz Fairuz | Pelakon Almy Nadia mengakui sudah memaafkan bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon, Fizz Fairuz dan berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan mereka. Jelas Almy, 27, dia bertindak sedemikian kerana yakin Fizz kini sudah banyak berubah berbanding sebelumnya dan tidak salah baginya untuk memaafkan individu yang sedia untuk berubah. "Bagi saya tidak guna kami bersengketa kerana bidang ini kecil sahaja. Jika kami bermasam muka adalah lebih sukar untuk berada dalam bidang ini, jadi saya terima permohonan maaf daripada dia.

"Tentang hubungan antara kami kini, saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana saya seorang wanita dan biarlah ia menjadi rahsia buat waktu ini. "Apa yang boleh saya harapkan adalah masyarakat khususnya peminat agar sentiasa mendoakan yang terbaik sama ada buat saya dan juga Fizz," jelasnya. Sebelum ini, Almy dan Fizz pernah bercinta selama tujuh tahun tetapi putus di tengah jalan pada sekitar 2011 sebelum Fizz bertunang dengan wanita lain yang kemudian didakwanya sebagai isteri orang. - Utusan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!