Wednesday, October 16, 2013

Malangnya.. Seorang Gabenor maut ketika sedang berucap



Malangnya.. Seorang Gabenor maut ketika sedang berucap | Seorang Gabenor di wilayah Logar, timur Afghanistan, maut hari ini selepas sebutir bom yang disembunyikan di dalam pembesar suara meletup ketika beliau sedang berucap. Jurucakap wilayah Logor, Din Mohammad Darwish berkata, kejadian berlaku ketika Gabenor Arsala Jamal (gambar) sedang berucap di sebuah masjid di Puli Alam selepas menunaikan solat sunat Aidiladha . Katanya, sekurang-kurangnya 18 yang lain turut cedera dalam insiden itu, termasuk orang awam dan kakitangan kerajaan. Arsala dilantik oleh Presiden Hamid Karzai sebagai Gabenor Logar pada April lalu dan merupakan sekutu rapat kepada Presiden.


Beliau sebelum ini adalah Gabenor Khost, wilayah yang terletak bersempadan dengan Pakistan. Logar yang terletak di selatan Kabul dilihat sebagai kawasan paling strategik dan sering disifatkan sebagai 'pintu masuk ke Kabul' oleh kumpulan militan Taliban yang berpangkalan di selatan dan timur negara ini. Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab, meskipun militan Taliban sering menyasarkan serangan terhadap pegawai kerajaan dan anggota tentera serta polis. - AFP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!