Monday, November 11, 2013

Hasrat terakhir Allahyarham pelakon Ahmad Busu



Hasrat terakhir Allahyarham pelakon Ahmad Busu | Allahyarham pelakon Ahmad Busu, 60, sempat menunaikan hasratnya untuk bertemu sanak-saudara dan rakan-rakan rapatnya di Perak sebelum meninggal dunia pada Ahad malam. Anak kedua Allahyarham, Mohd Afiq Ahmad Busu, 28, berkata, Allahyarham meminta untuk bertemu dengan saudara terdekat mereka yang masih tinggal di negeri tersebut pada minggu lalu. "Pemergian ayah memang tidak dijangka, dia seperti biasa sahaja dan tiada pula menunjukkan apa-apa sikap lain. "Namun pada minggu lalu dia ada meminta kami untuk membawanya ke Perak untuk bertemu dengan keluarga dan saudara mara kami yang masih lagi berada di sana, " ujarnya.

Tambahnya, Allahyarham turut memberi pesanan terakhir kepadanya dan adik beradik yang lain agar sentiasa menjaga ibadah dan tidak meninggalkan solat.Sementara itu, jelas Afiq, Allahyarham dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat demam.


"Ayah tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum ini, dia hanya demam biasa pada Sabtu lalu dan kami bawanya ke hospital semalam (Ahad) selepas keadaan demam yang semakin teruk dan kesukaran bernafas. "Sebelum ini, pada tahun 2009 dia pernah dimasukkan ke hospital akibat diserang strok," ujarnya. Pelakon yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu dengan memegang watak sebagai Mat Deris meninggal dunia selepas Maghrib iaitu kira-kira pukul 7. 05 malam pada Ahad.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. -Mstar




P/S - Al-Fatihah 




.

1 Penyokong CHELSEA:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com on November 11, 2013 at 5:20 PM said...

AlfaTIHAH

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!