Inilah Gadis pemenang Ratu Universe 2013 | Penyampai televisyen berusia 25 tahun dari Venezuela, Gabriela Isler dinobatkan sebagai Ratu Universe 2013 pada majlis gilang gemilang di Moscow, semalam. Juri, termasuk bintang rock Aerosmith, Steven Tyler memilih Isler daripada 86 peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang disaksikan berjuta-juta penonton di seluruh dunia itu. Pemenang tahun lalu, Olivia Culpo dari Amerika Syarikat memakaikan mahkota berlian di kepala Isler, yang mengenakan gaun malam berwarna perak berkilauan. Kemenangan Isler adalah yang ketujuh bagi peserta Venezuela dalam pertandingan Ratu Universe dan ia juga dianggap sesuatu yang amat membanggakan.
Pencapaian membanggakan
Selepas pertandingan itu, Isler melambai ke arah sekumpulan wartawan dan berdiri bersebelahan penganjur acara itu yang juga jutawan terkemuka Amerika Syarikat, Donald Trump. “Saya amat terharu. Saya tidak dapat meluahkan apa yang saya rasakan ketika ini kerana terlalu gementar,” katanya. “Saya masih lagi dalam keadaan terkejut tetapi bersyukur dan gembira berada di sini.” “Ia terlalu menyeronokkan dan satu kejayaan besar,” kata Trump yang menganggarkan penonton televisyen bagi rancangan itu melebihi satu bilion.
Dalam pusingan temu bual yang menjadi penentu pertandingan itu, Tyler bertanyakan kepada Isler yang memenangi Ratu Venezuela tahun lalu mengenai kebimbangan utama beliau. Dia berkata: “Saya percaya kita perlu mengatasi semua kebimbangan dan ini akan menjadikan kita lebih kuat.” katanya yang bercakap dalam bahasa Sepanyol melalu seorang penterjemah. Isler atau nama penuhnya Maria Gabriel de Jesus Isler Morales adalah penyampai televisyen Venevision di Venezuela. Beliau bakal memperagakan sepasang pakaian renang yang direka khas bertatahkan bernilai AS$1 juta (RM3.17 juta). Ratu Universe sebelum ini, Culpo terdahulu muncul di pentas dengan mengenakan pakaian renang putih bertatahkan berlian, delima dan zamrud. -AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment