Kegiatan yang menjadi kebiasaan disana ini sangat menjijikkan | Bagi pencinta makanan, masakan tradisional China, yang dijual di bahu-bahu jalan di negara ini bukan sahaja enak, malah ia membentuk sebahagian daripada pandangan menarik di bandar-bandar di negara ini. Namun, masalah baharu timbul selepas penjual makanan, termasuk pengusaha restoran didapati bukan sahaja menggunakan minyak masak terpakai secara berulang kali, malah ada antara mereka bertindak keterlaluan menggunakan 'minyak longkang' yang diproses semula. Ada peniaga kecil-kecilan makanan ini didapati memilih minyak yang dibuang ke dalam longkang yang dikumpul daripada mendapan tangki pembetungan sebagai pilihan mereka, kerana ia jauh lebih murah dan menjimatkan kos.
Cara pembuatannya, pula agak mudah iaitu mendapan daripada tangki pembetungan yang mengandungi sampah dan sebarang unsur yang mungkin mengandungi minyak masak dan bahagian termasuk lemak haiwan, dikumpul sebelum dimasak dan ditapis. Lebih menjijikkan, 'minyak longkang' yang dihasilkan ini bukan sahaja tidak sihat, malah ia turut mengandungi pelbagai toksin berbahaya termasuk 'carcinogen' yang menjadi punca kepada penyakit barah. Pihak berkuasa China yang sedar tentang amalan buruk itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini cuba menghapuskan kegiatan kurang sihat itu bagi mengelak tanggapan buruk orang ramai terhadap makanan tradisional China.
Bagaimanapun, jumlah mereka yang terlibat dalam perniagaan 'minyak longkang' ini, pula agak ramai, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa bertindak, sehingga hukuman penjara seumur hidup tidak mendatangkan gerun kepada dalang aktiviti itu. Dipercayai satu persepuluh daripada minyak masak dalam pasaran di China merupakan 'minyak longkang, tetapi walaupun jumlah itu agak besar, namun ia masih belum dapat mengurangkan kebimbangan orang ramai. Usaha untuk membanteras kegiatan itu agak sukar kerana kecenderungan orang ramai untuk memiliki minyak masak itu yang jauh lebih murah. - AGENSI
.
3 Penyokong CHELSEA:
eeeeiiii!!! gelinya saya baca...tidak2... kalau kat Mesia ni ada.. memang lama dah orang yg menggunakan minyak longkang tu didakwa dan suruh dia lak makan minyak tu....hahahaha.. tak nak!!!
haihh.. geli nya.haha
serius!! memang geli.. terbayang2 oi.. hahaha.. biarlah harga minyak naik, asalkan minyak tu bersih.. blerghh!
Post a Comment