Wednesday, November 20, 2013

Kejadian ngeri berlaku selepas taufan Haiyan di Filipina


Kejadian ngeri berlaku selepas taufan Haiyan di Filipina | Kekuatan Taufan Haiyan yang melanda negara ini dengan kelajuan angin kira-kira 314 kilometer sejam bukan sahaja membawa kemusnahan kepada harta benda, malah turut menyebabkan mayat dan rangka manusia terkeluar daripada perkuburan. Sukarelawan, Claire Gregorio berkata, keadaan itu berlaku di bandar Hernani, wilayah Samar Timur. "Keadaan ini tidak ubah seperti mimpi negeri apabila beberapa mayat, rangka serta batu nisan terkeluar daripada kubur akibat taufan berkenaan. "Mayat-mayat, rangka serta tengkorak juga boleh dilihat di atas jalan akibat dibawa angin kencang, manakala kubur yang diperbuat daripada konkrit dan marmar juga pecah," katanya.

Gregorio berkata, taufan itu juga telah memusnahkan kubur dan menarik keluar mayat seorang lelaki yang baru dua hari dikebumikan sebelum taufan melanda. Katanya lagi, Taufan Haiyan adalah taufan yang terkuat pernah melanda negara itu dan telah membunuh sekurang-kurangnya 75 penduduk di bandar itu selain 45 lagi dilaporkan hilang. Sementara itu, seorang petani Luciano Habagat, 70, terpaksa mengharungi detik cemas apabila rumahnya dipukul ombak besar akibat Haiyan.


"Seluruh kawasan menjadi gelap ketika taufan datang dan suasana menjadi kelam-kabut apabila semua orang berlari ke sekolah dan bukit berdekatan untuk mencari perlindungan," ujarnya. Dalam pada itu, AFP melaporkan selepas seminggu tragedi itu berlaku, seramai 3,976 orang telah terkorban, dengan 1,600 orang disenaraikan masih hilang, sementara empat juta lagi kehilangan tempat tinggal. - AFP Penduduk juga dilaporkan terputus bekalan elektrik, air dan bekalan makanan pula dilaporkan masih terhad. - AFP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on November 20, 2013 at 2:23 PM said...

banyak kesannya taufan haiyan ni...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!