Thursday, November 21, 2013

Khabar dan gambar terkini Tun Mahathir yang sedang di rawat di IJN


Khabar dan gambar terkini Tun Mahathir yang sedang di rawat di IJN | Tun Dr Mahathir Mohamad dimaklumkan memberi tindakbalas yang positif ke atas rawatan sejak dimasukkan ke Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN). Mengikut laporan Bernama, satu kenyataan dari pejabat beliau mengatakan, bekas Perdana Menteri itu sekarang sedang menjalani rawatan susulan, fisioterapi dan senaman. "Pasukan perubatan berpuas hati dengan kemajuan beliau" Itu antara isi kandungan kenyataan tersebut. Setakat ini, lawatan dihadkan hanya kepada ahli keluarga terdekat mengikut nasihat doktor.

Di dalam akaun rasmi Facebook Tun Mahathir, beliau dilaporkan semakin pulih dan berada di dalam keadaan stabil. Tun Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan beliau. "Alhamdulillah keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir bertambah pulih dan stabil. Beliau berterima kasih kepada semua yang mendoakan beliau" Isnin lalu, Tun Mahathir telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan jangkitan dada.-MD




.

3 Penyokong CHELSEA:

Makwe Kintan on November 21, 2013 at 12:56 PM said...

dah nama pun doktor kan.. tulisan pun gaya doktor tu mmg tak hilang wlaupun dia pernah mentadbir negara.. hehe In Shaa Allah tun mahathir akan sembuh segera ^_^

JunAina on November 21, 2013 at 1:38 PM said...

Alhamdulillah...suka dengar...

Unknown on December 1, 2014 at 9:48 PM said...

Harap tun kembali sihat dan harapan saya agar tun terus menegur pemimpin2 yang lupa diri. Bak kata tun dulu 'MELAYU MUDAH LUPA'

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!