Wednesday, November 20, 2013

Siapakah pemilik sebenar Villa Nabila?


Siapakah pemilik sebenar Villa Nabila? | Kerajaan negeri akan menyemak status banglo tinggal dikenali Villa Nabila yang terletak di Jalan Skudai, di sini yang menjadi tumpuan orang ramai selepas dikaitkan dengan kisah mistik mengghaibkan seorang remaja, kelmarin. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan merujuk rekod pemilikan itu dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi mendapatkan kepastian. “Saya akan tanya dengan Datuk Bandar dan tengok macam mana, kita nak tengok sama ada bayar cukai harta atau tidak,” katanya. Sejak kelmarin, Villa Nabila di sini dikunjungi ribuan orang apabila dikaitkan dengan kehilangan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan gagal pulang ke rumah selepas mengunjungi kediaman agam tersebut bersama 29 rakannya, awal pagi Ahad lalu.

Kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, itu dilaporkan ibunya Norhayati Mohamad, 39, selepas gagal dikesan sejak Sabtu lalu yang akhirnya ditemui semalam di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara, di sini pada jam 12 tengah malam. Sementara itu, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Ismail Karim berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis kepada pemilik banglo tinggal itu supaya membersihkan kawasan berkenaan dalam tempoh seminggu bermula semalam. Pihaknya mengakui menghantar notis kepada pemilik tanah Villa Nabila, iaitu seorang warganegara Singapura. “Kita tidak boleh bersihkan kawasan berkenaan disebabkan kawasan banglo tinggal itu adalah pemilikan persendirian. Justeru kita arahkan pemiliknya tutup laluan masuk ke kawasan berkenaan.

“Ini disebabkan kawasan itu dilaporkan menjadi tempat aktiviti tidak sihat malah ia kembali menjadi tumpuan selepas tersebar berita kehilangan seorang remaja sebelum ini selepas masuk ke dalam banglo tersebut,” katanya. Ismail memaklumkan, pihaknya tidak boleh merobohkan banglo tinggal itu kecuali premis itu mengganggu kawasan laluan selain status pemilikannya. Katanya, walaupun keadaan kawasan banglo lama itu kelihatan terbiar selain dipenuhi semak, bagaimanapun pemiliknya tidak culas untuk membayar cukai harta kepada MBJB. “Jika pemiliknya masih gagal membersihkan mengikut tempoh yang diberikan, MBJB akan bertindak menutup laluan masuk ke villa itu selain membersihkannya. “Keseluruhan kos membersihkan kawasan itu akan dicaj melalui akaun cukai harta pemilik terbabit,” katanya. -SH




.

6 Penyokong CHELSEA:

ewanthology on November 20, 2013 at 7:51 PM said...

baru nak check??

kak tie on November 20, 2013 at 8:54 PM said...

banglo tinggal ni memang benar2 misteri

Hidayah on November 20, 2013 at 9:11 PM said...

La.. owner dia org singapore rupanya.. ha.. baru la dyh dpt input lain sikit.. kebykkn blog share tak abih pasal mistik je.. hikhik..

Anonymous said...

Aku johorean sejak 23thun lps...biasalah...bangunan lama mmg ada penghuni yg akan tinggal...standard lah tu...haha...lgpun aku pelik,dah 30 thun villa tu dtinggalkan,baru skrg korg nk check buat apa??!rubbish lah nk buat mcm tu..mmg sah2 dia xda byr cukai ke apa2 kedodol pun dia xkn byr...sdgkan kawasan jhr adalah negeri kedua yg pesat mmbgun slps kuala lumpur,mcm mana villa ni boleh duduk kt situ selama 30 thun??!korg tau,villa ni lokasi dia kt kawasan elit jb. Knp xrobohkan drpd dulu??

Anonymous said...

sudah-sudahlah tu cerita pasal VILLA ni..

mselim3 on November 20, 2013 at 11:27 PM said...

Assalammualikum...lulu,

tadi lalu kat banglo tu.. pintu masuk dah ditutup dengan zink biru. Wahh..kalau x jem.. pemandu jln danga bay asyik tgk villa nie aje...sesak2 jalan.

mselim3

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!