Tuesday, December 31, 2013

Cara pelik untuk dapatkan anak lelaki dan jaminan wang dikembalikan jika tidak berjaya


Cara pelik untuk dapatkan anak lelaki dan jaminan wang dikembalikan jika tidak berjaya | Puluhan wanita membanjiri pekarangan rumah seorang petani hanya untuk menyentuh kuku seekor lembu berkaki lima. Mereka yang percaya dengan amalan karut itu mendakwa, pasangan suami isteri akan mendapat cahaya mata lelaki sekiranya berbuat demikian. Pemilik lembu berkenaan Raj Pratap mendakwa, kehadiran lembu ‘keramat’ itu telah mengubah nasib ramai pasangan yang menginginkan kehadiran anak lelaki dalam setiap keluarga.

“Seorang wanita yang sebelum ini mempunyai empat anak perempuan akhirnya melahirkan bayi kembar lelaki dengan hanya meminta restu dengan menyentuh kuku anak lembu yang kami gelar sebagai 'Raju'," katanya. Menurutnya, setiap wanita perlu membayar 500 rupee (RM27) untuk sekali sentuhan. “Kami sanggup memulangkan semula wang mereka jika mereka gagal mendapatkan bayi lelaki,” katanya. Beliau mendakwa, lebih 30 wanita mendapat cahaya mata lelaki selepas menyentuh lembu istimewa itu. - DM




.

1 Penyokong CHELSEA:

✿INA AINAA✿ on December 31, 2013 at 7:57 PM said...

Mengarut betul kepercayaan mereka ni. Hahaha. Tak mengapalah, kalau itu kepercayaan mereka, kita tak boleh nak kata apa. janji kita jangan terikut sekali percaya

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!