Monday, December 9, 2013

Inilah sebab Arab Saudi kurangkan kuota jemaah umrah semasa Ramadan



Inilah sebab Arab Saudi kurangkan kuota jemaah umrah semasa Ramadan | Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan akan mengurangkan jumlah jemaah umrah pada bulan Ramadan akan datang kepada 500,000 jemaah sahaja sehari, di Mekah dan Madinah. Menteri Haji, Bandar Hajjar pada masa sama berkata, pengeluaran visa umrah juga akan dihentikan pada pertengahan bulan Ramadan tahun depan. Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Masjidilharam berikutan kerja-kerja pembesaran kawasan sedang giat dilakukan. Katanya, pengumuman awal itu akan membolehkan syarikat perkhidmatan umrah di seluruh dunia membuat perancangan lebih awal berpandukan arahan yang telah ditetapkan Arab Saudi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan peratusan jemaah yang tinggal melebihi tempoh visa yang ditetapkan juga telah menurun kepada 0.1 peratus hasil penguatkuasaan yang dilakukan pihak berkuasa. Beliau berkata demikian selepas melancarkan sistem pengangkutan bas bersepadu bagi jemaah umrah di pejabatnya di Jeddah di sini. Selain itu katanya, kerajaan akan mewujudkan sistem penalti ke atas syarikat penerbangan yang gagal memastikan perjalanan pergi dan balik para jemaah berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. "Kita mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) untuk memastikan penerbangan para jemaah di lapangan terbang mengikut jadual," katanya. Sementara itu, pihaknya telah menerima permohonan daripada 48 syarikat pengelola perkhidmatan umrah dan 2,000 agensi pelancongan dari luar negara untuk mendapatkan kebenaran membawa jemaah menunaikan umrah pada Ramadan tahun depan. - AGENSI



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!