Saturday, December 28, 2013

Pelakon Neelofa nafi dia ditangkap khalwat dengan VIP


Pelakon Neelofa nafi dia ditangkap khalwat dengan VIP | "Ini memang melampau. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis," tegas pelakon Noor Neelofa Mohd Noor berhubung laporan media hari ini kononnya dia ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus VIP, malam Khamis lalu. Neelofa, 24, berkata, tuduhan tidak berasas itu adalah sesuatu yang memalukan dan mencalar maruahnya sebagai wanita muslim. "Sejujurnya saya sendiri tidak tahu-menahu mengenai hal ini sehingga ia tersebar. Jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.

 "Untuk pengetahuan semua, sekarang saya berada luar negara untuk meneruskan pengajian dan berharap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel terbabit," katanya. Menerusi beberapa laporan media hari ini, pengacara program MeleTop itu dituduh ditangkap berkhalwat dengan seorang usahawan berstatus kenamaan (VIP), malam Khamis lalu. Bagaimanapun, tiada butiran terperinci mengenai kejadian itu dilaporkan. -HM




.

2 Penyokong CHELSEA:

✿INA AINAA✿ on December 28, 2013 at 8:09 PM said...

siapa tak marah kena fitnah camtu sekali.. maruah kita dipermain begitu je.. aishhh siapalah yg buat cerita ni.. Jawablah nanti dengan Tuhan, dok fitnah2 orang

iuzira on December 28, 2013 at 8:47 PM said...

klu xde bukti xleh la nak tuduh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!