Friday, December 20, 2013

Sama cantik sama padan, Aril Pilus AF7 dan isteri Puteri Erma Adlinda Megat Aminuddin


Sama cantik sama padan, Aril Pilus AF7 dan isteri Puteri Erma Adlinda Megat Aminuddin | Penyampai radio ERA, Aril AF7, 28, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Puteri Erma Adlinda Megat Aminuddin, 27, di kediaman pengantin perempuan di Kampung Padang Enggang, Pasir Hor, Kota Bharu Kelantan hari ini.


Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri oleh Imam Mukim Padang Enggang, Abdul Halim Mat Isa pada kira-kira pukul 3.20 petang Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus memberikan mas kahwin dan wang hantaran berbentuk cek bernilai RM15,000 beserta sembilan dulang.


Majlis persandingan kedua-dua mempelai diadakan sejurus selepas akad nikah di lokasi yang sama. Pasangan ini mula berkenalan pada 25 Mei lalu dan selepas tiga bulan menjalinkan hubungan, Aril melamar Puteri yang bertugas sebagai pramugari Saudi Airlines sebagai isterinya. - Utusan






.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on December 20, 2013 at 10:07 PM said...

Oh dah selamat ya.. Alhamdulilah, moga dorang kekal happy ke Jannah.. Amin..

Nour Adieb on December 21, 2013 at 2:34 AM said...

ehhh, Aril dah kahwin? nmpk sngt sy dah bnyk ketinggalan. apapun, tahniah buat Aril & isteri :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!