Friday, January 4, 2013

Kisah anjing buta dan seekor kucing liar


Biasanya anjing dan kucing tidak boleh akrab, namun lain cerita dengan sepasang haiwan di Wales ini. Seekor anjing yang buta hidup dengan diiringi oleh kucing. Seekor anjing bernama Terfel menderita katarak sehingga tidak dapat melihat. Ia hanya boleh menghabiskan hari-harinya di tempat tidurnya. Ini adalah kerana, anjing berusia lapan tahun itu selalu melanggar apa saja ketika berjalan di sekitar rumah. Hidup Terfel mula menjadi baik ketika Judy Godfrey-Brown tidak sengaja "membawa" kucing liar di rumahnya. Suatu hari Judy melihat kucing itu"mengiringi" Terfel keluar dari tempat tidurnya dan berjalan-jalan di taman.

Kucing itu akhirnya dipelihara oleh Judy dan dinamakan Pwditat yang kini sudah tak boleh berpisah dengan Terfel. "Dia menggunakan kaki dan cakarnya untuk membantu Terfel mengenali jalan," kata Judy. "Sekarang mereka tak boleh dipisahkan. Keduanya bahkan kini tidur bersama." Keakraban luar biasa itu membuat Judy hairan. "Aku tidak pernah melihat hal seperti ini. Biasanya anjing dan kucing sukar berdamai," ujar wanita berusia 57 tahun itu. -WN





.

Pelakon dan pelawak ini mengaku suntik wajah untuk kecantikan


Walaupun dia seorang lelaki, pelakon dan pelawak, Mamat (Sepah) mengaku bahawa dia telah mengambil suntikan kolagen dan vitamin C untuk kecantikan wajah. Menurut Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Noor Murad, dia terpaksa memilih jalan itu demi kesinambungan karier seninya. Bagaimanapun, Mamat enggan menjelaskan jumlah wang yang terpaksa dilaburkan untuk menjalani rawatan kecantikan tersebut. - UTUSAN





.

Inilah satu-satunya gambar Puteri Diana yang tidak pernah didedahkan kepada umum


Dia adalah wanita yang paling banyak digambar dalam generasinya.

Wanita yang sangat disayangi rakyat England ini terkenal dengan penampilan dan cara berpakaian yang sentiasa mencetuskan budaya fesyen. Namun sebenarnya, dalam banyak-banyak gambar yang telah diabadikan, ada sekeping gambar yang masih kekal misteri. Iaitu sekeping gambar hitam dan putih, diambil dalam satu percutian ski sebelum dia bertemu Putera Charles. Ianya dipercayai diambil ketika percutian ski Switzerland sekitar 1979 atau 1980 apabila Diana yang berumur 18 atau 19 tahun. Gambar itu menunjukkan dia berbaring di atas katil dalam chalet dengan seorang rakan lelaki, yang sedang berehat dan meletakkan buku pada bahunya.


Identiti jurugambar tidak diketahui tetapi gambar itu dijual kepada Daily Mirror pada 26 Februari, 1981 - dua hari selepas pertunangan Putera Wales dan Diana diumumkan. Namun, nampaknya, editor surat khabar itu tidak menerbitkan gambar bakal Ratu itu yang akan menimbulkan gosip intim dengan lelaki lain dan gambar itu ditanda dengan : TIDAK AKAN DITERBITKAN. -DM






.

Foto yang menggemparkan di awal tahun 2013


Sekeping gambar foto yang berasal dari facebook mengejutkan orang awam pada awal tahun 2013 ini. Foto tersebut berhasil merakam kejadian menakjubkan yang luar biasa ketika seorang bayi perempuan lahir ke dunia.


Dalam foto itu, Nevaeh, anak perempuan yang lahir 11 minggu lalu melalui pembedahan caesarean. Si ayah kebetulan ada di dalam ruangan itu untuk mengabadikan detik- detik kelahiran anaknya.


Dan ia berhasil mendapatkan foto seperti ini..terlihat di dalam foto, tangan doktor yang sedang membedah perut si ibu, sementara tangan Nevaeh menggenggam jemari doktor dengan erat, seakan tahu bahawa tangan itulah yang akan mengeluarkannya.. Kini Nevaeh sudah berusia 11 minggu dan menjadi model untuk orang tuanya yang ternyata adalah fotografer profesional..






.

Awas, anak derhaka boleh dikenakan tindakan undang-undang


Di China, anak yang derhaka boleh dikenakan tindakan undang-undang. Baru-baru ini kerajaan Tiongkok mengharuskan orang dewasa mengunjungi orang tuanya secara tetap. Peraturan tersebut dibuat kerana melihat angka harapan hidup di China yang meningkat pesat, iaitu dari 41 tahun menjadi 73 tahun dalam waktu 50 tahun. Di sisi lain, adanya reformasi pasar membuat anak-anak harus sering berpindah ke pusat-pusat kota untuk mencari pekerjaan. Hal ini membuatkan putusnya hubungan dengan keluarga besar. Tak hanya itu, kebijakkan satu anak di China untuk menekan lonjakan jumlah penduduk membuatkan populasi orang usia lanjut semakin membesar. Jika dibiarkan begitu saja, beban yang ditimbulkan akan menjadi ancaman ekonomi dan politik. Semakin ramai pengidap penyakit tidak menular seperti Alzheimer juga tidak dapat menghalang perkembangan populasi orang tua yang sakit. Pilihan untuk memperolehi rawatan bagi kelompok lanjut usia memang masih amat terbatas di negara ini.

Selain itu, kerajaan juga mempertimbangkan tingginya kes orang tua yang diabaikan atau dianiaya oleh anaknya sendiri. Salah satu kes yang heboh terjadi di bahagian Jiangsu di mana seorang wanita berusia 90 tahun mengaku dikurung di dalam kandang khinzir oleh anaknya selama 2 tahun. Media juga sering melaporkan anak-anak yang ketika dewasa berusaha menguasai aset dan harta orang tuanya secara diam-diam. Peraturan baru ini tidak menyatakan seberapa kerap anak harus mengunjungi orang tuanya, namun orang tua boleh mengheret anak ke mahkamah jika merasa diabaikan. -Medical Daily







.

Lelaki Ini 2 Kali Gigit Telinga Mangsa Hingga Putus

mangsa
Seorang lelaki berusia 25 tahun untuk kali keduanya ditangkap polis kerana perbuatan menganiaya mangsa dengan cara menggigit mereka, dan dalam kes terbaharu ini dia didapati menggigit teliga seorang lelaki lain hingga putus. Suspek ditangkap pada Ahad, sehari selepas dia menggigit hingga putus teliga Edi Irawan, 32, dalam satu pertengkaran di terminal bas Pulo Gadung, Jakarta Timur. Polis berkata dalam kejadian itu suspek yang ketika itu sedang mabuk membuat kekecohan di situ dan cuba memukul seorang kawan Edi yang sedang hamil.

Satu pertengkaran kemudian berlaku antara suspek dan Edi yang berakhir dengan bertumbuk dan pada ketika itu suspek tiba-tiba menerkam dan menggigit telinga Edi hingga putus. Edi berkata suku bahagian telinganya putus digigit oleh suspek dan ia tak dapat disambung semula kerana bahagian itu tidak ditemui. Menurut polis, suspek yang sering membuat kekecohan di sekitar Terminal Bas Pulo Gadung, pernah ditangkap pada tahun 2011 dan dihukum penjara kerana menganiaya seorang mangsa dengan menggigit lengannya. - BERNAMA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!