Monday, January 7, 2013

Tinggalkan kerjaya demi haiwan..


Seorang model dan eksekutif kanan di London sanggup meninggalkan kerjaya bernilai berpuluh ribu pound untuk menyelamatkan singa putih di Afrika Selatan. Linda Tucker, 40-an yang pernah menjadi model untuk jenama L'Oreal dan Yardly ketika berumur 20-an dan kemudian menjadi pengurus akaun di sebuah syarikat pengiklanan, Saatchi & Saatchi bertukar minat apabila mengikuti satu penjelajahan safari pada 1991. ''Dalam lawatan tersebut, kami mendekati sekumpulan singa kerana pemandu pelancong kami menyangka seekor singa sedang bersalin. ''Tindakan itu sebenarnya membahayakan nyawa kami kerana memasuki kawasan haiwan itu dan jip kami rosak,'' katanya. Katanya, mereka bagaimanapun bernasib baik kerana diselamatkan seorang wanita yang dikenali sebagai bomoh Shangaan atau Ratu Singa Timbavati, Maria Khosa.

''Wanita itu mengubah hidup saya dan tiga tahun kemudian saya kembali semula ke Afrika Selatan menjadikan Khosa sebagai pembimbing saya dalam meneruskan usaha menyelamatkan singa-singa ini,'' katanya. Tucker berkata, dia kemudian menubuhkan Amanah Perlindungan Singa Putih Global bersama ahli ekologi, Jason Turner. ''Saya kemudian membelanjakan semua wang simpanan saya untuk memperolehi tanah di Timbavati bagi menubuhkan satu kawasan perlindungan singa putih yang diberi nama Tsau ,'' katanya. Beliau berkata, sebanyak tujuh ekor singa putih kini hidup di kawasan perlindungan tersebut. ''Kita akan menyambut sejumlah anak singa putih tidak lama lagi apabila singa betina yang diberi nama Zihra melahirkan anaknya,'' ujarya. - AGENSI






.

Kejutan paling sadis berkaitan ayam KFC..


Hati- hati jika anda hendak makan di restoran fast food seperti KFC, kerana mungkin ianya makanan segera, kualiti menjadi nombor 2. Ibrahim Langoo ialah seorang mahasiswa di England yang memutuskan untuk makan siang dengan dua potong ayam KFC. Potongan ayam pertama tidak ada masalah. Namun begitu potongan ayam kedua, Ibrahim yang punya kebiasaan membelah ayamnya sebelum dimakan, menemukan hal yang mengerikan di dalam kulit ayam tersebut. Kelihatan ada otak di dalam kulit ayam tersebut. Ketika Ibrahim protes kepada pihak KFC, mereka menyatakan bahawa benda tersebut ialah sebuah ginjal, dan menawarkan voucher makan percuma pada Ibrahim sebagai permintaan maaf. Namun Ibrahim mengakui dia tidak akan makan di KFC lagi seumur hidupnya. -EN






.

Kesian kucing ni jadi mangsa..


Petugas keselamatan penjara di Kota Arapiraca, 250 km barat daya Recife, negara bahagian Alagoas, Brasil menangkap dan menahan penyeludup yang cuba menyeludupkan sejumlah barang untuk para tahanan: seekor kucing! Kucing dengan warna dominan putih itu ditangkap ketika melintasi gerbang utama penjara. Beberapa barang diikatkan di tubuh haiwan malang itu. Kucing itu kemudian dibawa ke jabatan haiwan. Jurucakap penjara yang dihuni 263 tahanan itu berkata, pihaknya belum mengetahui motif di sebalik penyeludupan itu. "Susah untuk menemukan siapa yang bertanggungjawab. Kerana kucing tidak boleh bercakap," katanya kepada media tempatan Estado de S. Paulo.

Petugas keselamatan berkata, barang-barang yang cuba diseludupkan kucing itu boleh digunakan sebagai peralatan melarikan diri atau berkomunikasi dengan tahananlain yang berkeliaran di luar penjara. Insiden tersebut terjadi pada tahun baru, namun fotonya baru didedahkan baru-baru ini. Entah apa motivasinya, kehidupan di sebalik sel penjara Brasil memang luar biasa, para tahanan harus mati-matian mempertahankan hidup. Para pejabat rasuah dan kelompok pesalah bermaharajalela, memaksa peraturan dibuat sesuka hati di dalam penjara.-BBC

Lelaki buta ini boleh ambil foto mengkagumkan dengan Instagram


Mengambil gambar dengan Instagram memang sudah menjadi hal yang sangat sering dilakukan oleh pengguna gadget di seluruh dunia. Namun, yang satu ini tidak biasa, bahkan luar biasa. Apakah itu? Tommy Edison adalah salah satu pengguna Instagram. Yang luar biasanya adalah Tommy tidak boleh melihat. Ya, dia buta. Dengan bantuan petunjuk suara di iPhone miliknya, Tommy berhasil mengambil gambar-gambar dengan Instagram.


Tommy telah buta sejak lahir, tetapi pengkritik filem dan personaliti radio ini tidak pernah membenarkan kekurangan penglihatannya untuk membuatkan dia berputus asa. Tahun lepas, Tommy mencipta video dan memuat turun kedalam YouTube, di mana dia menunjukkan "Pandangan terbaik menjadi buta." Sekarang, Tommy menunjukkan kepada dunia bahawa kegembiraan teknologi dan media sosial juga tidak hilang padanya. -huffingtonpost







.

Lelaki ini membuat sesuatu yang luar biasa untuk menarik perhatian perempuan


Lelaki kaya dari India ini menghabiskan £ 14.000 untuk membuat kemeja dari bahan emas padat dengan harapan kemeja tersebut akan menarik perhatian perempuan. Datta Phuge yang berusia 32 tahun, dari Pimpri-Chinchwad, mengarahkan sekumpulan pasukan untuk membuat kemeja dengan bahan dari emas yang di dapatkan dari 15 kedai emas selama dua minggu. Pasukan ini bekerja selama 16 jam sehari untuk membuat benang emas. Kemeja ini dilihat semakin bling-bling kerana dilengkapi dengan aksesori yang juga terbuat dari emas.

Muncul lengkap dengan satu set cincin dibuat dari emas, juga rantai dan gelang.. "Aku tahu aku bukan lelaki yang terbaik di dunia tapi mungkinkah tidak ada wanita yang terpesona dengan baju ini?" soalnya "Kemeja emas telah menjadi salah satu mimpi saya," kata Mr Phuge. "Ini akan menjadi perhiasan reputasi saya sebagai 'manusia Emas Pimpri" kata' Mr Phuge. -India Mirror







.

Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 27


Lagu ciptaan penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yunalis Zarai berjudul Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad. Dengan kemenangan lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000. Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari). Diikuti dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees). Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.


Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000. Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000. Ia adalah kemenangan kali ketiga buat penyanyi kelahiran Sabah itu untuk kategori tersebut. Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar. Persembahan 12 finalis AJL27 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diantaranya Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.

Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak. Sementara itu, bagi kategori Anugerah 'Juara Mobile' yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Ombak Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman yang dinyanyikan Hafiz dan Adira. Pertandingan bertemakan 'Ekspresi Seni' memaparkan grafik seperti kaleidoskop, pop-up art, doodle art, light trail, typography, papercraft, pencil sketch dan imej 3 Dimensi (3D) yang memberikan impak mendalam pada persembahan. Acara tersebut dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.


 Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor, Ziana Zain, Misha Omar dan Royal FT Force untuk persembahan pembukaan yang hebat dan memukau. Manakala segmen interlud menampilkan empat lagenda Rock Malaysia iaitu Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) dan Ramli Sarip. Menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia, segmen 'Rock Kapak' itu turut menampilkan empat gitaris iaitu, Rodi (Kristal), AG Coco, Edrie Hashim dan Man Kidal. Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengetuai persembahan pada malam itu.-MStar

Berikut ialah keputusan penuh AJL27:
1. Juara – Terukir Di Bintang (Yunalis Zarai)
2. Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
3. Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
4. Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!