Monday, January 7, 2013

Tinggalkan kerjaya demi haiwan..


Seorang model dan eksekutif kanan di London sanggup meninggalkan kerjaya bernilai berpuluh ribu pound untuk menyelamatkan singa putih di Afrika Selatan. Linda Tucker, 40-an yang pernah menjadi model untuk jenama L'Oreal dan Yardly ketika berumur 20-an dan kemudian menjadi pengurus akaun di sebuah syarikat pengiklanan, Saatchi & Saatchi bertukar minat apabila mengikuti satu penjelajahan safari pada 1991. ''Dalam lawatan tersebut, kami mendekati sekumpulan singa kerana pemandu pelancong kami menyangka seekor singa sedang bersalin. ''Tindakan itu sebenarnya membahayakan nyawa kami kerana memasuki kawasan haiwan itu dan jip kami rosak,'' katanya. Katanya, mereka bagaimanapun bernasib baik kerana diselamatkan seorang wanita yang dikenali sebagai bomoh Shangaan atau Ratu Singa Timbavati, Maria Khosa.

''Wanita itu mengubah hidup saya dan tiga tahun kemudian saya kembali semula ke Afrika Selatan menjadikan Khosa sebagai pembimbing saya dalam meneruskan usaha menyelamatkan singa-singa ini,'' katanya. Tucker berkata, dia kemudian menubuhkan Amanah Perlindungan Singa Putih Global bersama ahli ekologi, Jason Turner. ''Saya kemudian membelanjakan semua wang simpanan saya untuk memperolehi tanah di Timbavati bagi menubuhkan satu kawasan perlindungan singa putih yang diberi nama Tsau ,'' katanya. Beliau berkata, sebanyak tujuh ekor singa putih kini hidup di kawasan perlindungan tersebut. ''Kita akan menyambut sejumlah anak singa putih tidak lama lagi apabila singa betina yang diberi nama Zihra melahirkan anaknya,'' ujarya. - AGENSI






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!