Petugas keselamatan penjara di Kota Arapiraca, 250 km barat daya Recife, negara bahagian Alagoas, Brasil menangkap dan menahan penyeludup yang cuba menyeludupkan sejumlah barang untuk para tahanan: seekor kucing! Kucing dengan warna dominan putih itu ditangkap ketika melintasi gerbang utama penjara. Beberapa barang diikatkan di tubuh haiwan malang itu. Kucing itu kemudian dibawa ke jabatan haiwan. Jurucakap penjara yang dihuni 263 tahanan itu berkata, pihaknya belum mengetahui motif di sebalik penyeludupan itu. "Susah untuk menemukan siapa yang bertanggungjawab. Kerana kucing tidak boleh bercakap," katanya kepada media tempatan Estado de S. Paulo.
Petugas keselamatan berkata, barang-barang yang cuba diseludupkan kucing itu boleh digunakan sebagai peralatan melarikan diri atau berkomunikasi dengan tahananlain yang berkeliaran di luar penjara. Insiden tersebut terjadi pada tahun baru, namun fotonya baru didedahkan baru-baru ini. Entah apa motivasinya, kehidupan di sebalik sel penjara Brasil memang luar biasa, para tahanan harus mati-matian mempertahankan hidup. Para pejabat rasuah dan kelompok pesalah bermaharajalela, memaksa peraturan dibuat sesuka hati di dalam penjara.-BBC
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment