Thursday, January 10, 2013

Pengalaman menakjubkan, bersalin dalam sebuah pesawat


Melahirkan anak dalam pengangkutan awam bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi Harmina yang bersalin anak ketiganya tidak cukup bulan dalam sebuah pesawat semasa penerbangan dari Timika, di Papua ke Makassar di Sulawesi Selatan Ahad lepas. Takdir menentukan bahawa ibu berusia 33 tahun itu harus melalui masa yang mendebarkan itu untuk kali keduanya pada Ahad malam dalam sebuah pengangkutan udara di kerusi nombor 24A penerbangan MZ845 milik syarikat penerbangan Merpati Nusantara, di ketinggian 32,000 kaki di angkasa. Kelahiran bayi perempuan itu pada pukul 6.40 malam itu, dibidani empat pramugari yang dibantu seorang kru lelaki dan seorang mahasiswi diploma kejururawatan serta iringan doa 158 penumpang dalam pesawat itu.

Mengenang peristiwa yang mencemaskan itu, suami Harmina, Rudi Hamja, 35, bersetuju dengan cadangan anak-anak kapal Merpati Nusantara supaya menamakan bayinya Annisa Laila Juwita Sari Merpati, sempena nama empat pramugari dan nama syarikat penerbangan itu, akhbar harian Kompas melaporkan pada Selasa. Sembilan tahun lalu Harmina melahirkan seorang bayi lelaki, anak keduanya dalam angkutan kota (van penumpang kawasan perbandaran) di daerah Maros, di Sulawesi Selatan, ketika dalam perjalanan ke hospital. Rudi dan Harmina yang berasal dari Bantimurung, Maros, Sulawesi Selatan, merantau di Timika, Papua sejak tahun 2004 bagi memulakan penghidupan baru dalam perniagaan di sana dan setelah tiga tahun tidak pulang kampung, Rudi ingin supaya isterinya melahirkan anak ketiganya itu di Maros.

Usia kandungan anak ketiganya itu baru tujuh bulan dan dia telah mendapat surat kebenaran dari doktor untuk menaiki pesawat untuk pulang kampung namun Harmina mula berasa sakit untuk bersalin setelah 15 minit pesawat itu berlepas. Juruterbang penerbangan itu Kapten Firman Hutapea berkata dia tidak dapat berpatah balik ke lapangan terbang Timika kerana lapangan terbang itu telahpun tutup pada waktu itu. Firman, yang bersyukur dengan keadaan cuaca yang baik sepanjang peristiwa itu, berkata beliau pernah mengalami kejadian serupa pada 1989.

Dalam kejadian 23 tahun yang lalu itu, seorang ibu melahirkan bayi lelaki dalam pesawat Casa yang sedang diterbangkannya dari Kendari di Sulawesi Tenggara ke Makassar, di Sulawesi Selatan. Kejadian itu bagaimanapun berbeza sedikit kerana waktu itu pesawat sudah bersedia untuk mendarat pada ketinggian 5,000 kaki tetapi kerana bimbang pendaratan akan menyebabkan gegaran, beliau terbang berlegar selama 30 minit sehingga bayi itu dilahirkan. - BERNAMA







.

Hebat! Apple Bakal Hasil iPhone Versi Murah


Spekulasi syarikat elektronik gergasi Apple bakal menghasilkan iPhone versi murah untuk China mula tersebar di portal online pada Selasa. DigiTimes.com memetik sumber yang enggan namanya didedahkan sebagai berkata, sebuah model iPhone yang lebih murah akan dipasarkan pada separuh kedua tahun ini. Khabar angin itu kemudiannya disiarkan dalam Wall Street Journal. Menurut Digitimes, telefon pintar yang jauh lebih murah itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan di kalangan peminat jenama Apple. Langkah itu dilihat sebagai perubahan dramatik Apple dalam menghasilkan produk bermutu yang dijual di pasaran. Apple melihat potensi besar pasaran di China dan tampil dengan iPhone mampu milik yang bakal menyaingi telefon pintar lain yang menggunakan Google Android sebagai sistem operasi. -AFP

Kanak-kanak malang itu diseksa gurunya dihadapan semua orang sehingga rosak otak


Sebuah rakaman video selama 41 saat dari kamera cctv di sebuah sekolah taman kanak-kanak di Provinsi Shanxi, China memperlihatkan seorang guru sedang menyeksa murid perempuan berumur empat tahun. Dalam sebuah ruangan bermain dan olahraga, guru perempuan itu dilihat menggoncang-goncangkan tubuh muridnya yang sudah terbaring di lantai. Dia lalu menghempas dan menendang pelajar malang itu. Murid-murid dan beberapa guru lain di ruangan itu hanya melihat saja dan tak peduli dengan kejadian itu.

Yang lain tetap bermain bola seperti biasa. Media tempatan menyebutkan murid perempuan itu memang cacat mental dan ketika diseksa dia sedang pengsan. Kanak-kanak itu kini mengalami kerosakkan otak. Guru kejam ini telah dihukum atas perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu. -Cdaily







.

Facebook menemukan saudara yang terpisah selama 72 Tahun


Media sosial Facebook sudah sering kali berhasil mempertemukan orang yang hilang. Kali ini giliran dua orang saudara yang sudah terpisah selamam 72 tahun. Dua orang saudara yang berasal dari Bosnia ini terpisah akibat perang. Dua orang adik beradik Bosnia yang terpisah hampir 72 tahun akhirnya dipersatukan kembali melalui laman Facebook. Tanija Delic, 88, dan Hedija Talic, 82, tidak pernah bertemu lagi sejak 1941, sedangkan mereka hanya terpisah 200 kilometer saja jauhnya. Mereka berdua berpisah ketika berusia belasan tahun. Waktu itu Hedija Talic yang berusia 11 tahun terpisah dari rombongan keluarganya ketika melarikan diri menghindar perang dunia II ke barat daya Bosnia.

Dan malangnya dalam peristiwa itu, kedua orang tuanya terkorban. Talic akhirnya tinggal bersama anak korban perang lainnya di rumah anak yatim. Sedangkan Tanija Delic, kakaknya berhijrah ke Amerika Syarikat. “Saya sudah hilang harapan untuk bertemu keluarga saya lagi,” katanya. Waktu kemudian berjalan. Talic beranjak dewasa dan membina rumah tangga dengan keluarga barunya di Tuzla, timur laut Bosnia.

Sedangkan kakaknya yang kembali di Bosnia tinggal di Barat Laut Bosnia. Suatu hari anak Talic` yang gemar menggunakan internet menemukan seorang wanita yang sangat mirip dengan ibunya. Dia lantas melaporkan hal itu kepada Talic. Komunikasi lantas terjalin setelah itu. “Momen ajaib itu muncul saat kami berdua saling berkenalan, saya terus mengenali dialah kakak saya,” kata Talic. -BNews







.

Simbol perkataan yang paling banyak digunakan sepanjang tahun


Simbol hashtag (#) dipilih sebagai 'perkataan sepanjang tahun' oleh Persatuan Dialek Amerika (ADS), sekali gus membuktikan bahawa dunia teknologi semakin dekat digunakan oleh pengamal linguistik. Walaupun perkataan itu telah wujud sejak beberapa dekad, pakar bahasa memutuskan bahawa simbol berkenaan bakal berpengaruh pada tahun ini. ''Tahun ini merupakan tahun hashtag menjadi fenomena yang tidak lekang daripada diperkatakan secara dalam talian,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Perkataan Baru, Ben Zimmer dalam satu kenyataan. Hashtag pada mulanya menjadi popular di Twitter sebagai simbol jenaka atau digunakan untuk menekankan sesuatu komen.

Ia kemudiannya merebak ke Facebook, sekali gus menjadi percakapan seharian pengguna di laman tersebut. Kemuncak kemasyhuran simbol itu apabila ia digunakan sebagai tajuk muka hadapan bagi edisi terakhir cetakan majalah Newsweek yang bermula dengan simbol tersebut. Selain di Twitter, simbol hashtag dengan pantas telah mewujudkan trend sosial dengan menyebarkan pelbagai mesej dalam pelbagai bidang daripada politik kepada budaya pop. Simbol hashtag juga mempunyai pesaingnya yang juga bersifat sementara seperti YOLO iaitu singkatan kepada You Only Live Once atau kamu hidup hanya sekali. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!