Friday, January 25, 2013

Benarkah mayat yang reput itu adalah Wiiliam?


Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya, kata sumber polis pada Jumaat. "Ia 50/50, mayat itu sudah reput. Tidak boleh beritahu sama ada terdapat parut (di dahi) atau tidak," katanya. Difahamkan, pihak berkuasa akan menunggu keputusan ujian DNA sebelum membuat pengecaman muktamad," katanya. Post mortem telah diselesaikan dan pasukan forensik dari Bukit Aman dilihat meninggalkan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul 1.30 petang. Keputusan akhir ujian DNA akan mengambil masa selama beberapa hari. Ibu bapa kepada Wlliam Yau Zhen Zhong yang hilang pada 16 Januari lalu diiringi keluar oleh polis kira-kira pukul 1.40 petang.

Mereka meninggalkan bilik mayat tanpa bercakap kepada pemberita dan ibunya dilihat menangis. Mereka tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 11 pagi untuk memberi sampel bagi ujian DNA untuk membantu mengenal pasti identiti mayat dan diiring polis ke bilik mayat.Terdahulu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Michael Chong yang tiba di hospital tersebut pada 10.10 pagi dilihat meninggalkan hospital sekitar pukul 10.55 pagi. Beliau berkata akan membantu keluarga tersebut dengan apa jua cara yang mampu. "Ia akan bergantung kepada situasi. Kami sudah bersedia membantu dengan apa-apa cara yang diperlukan," katanya.


Menurutnya, beliau telah menghubungi keluarga tersebut pada malam Khamis dan ibu William yang tidak sihat, terkejut dengan berita tersebut. "Dia asyik bertanya jika ada berita mengenai anaknya. Dia tidak menerima apa-apa berita daripada polis mengenai penemuan mayat dekat jeti di Sungai Sireh," katanya. Beliau memberitahu ibu William supaya menunggu panggilan telefon daripada polis. Tambahnya, ketika beliau menghubungi keluarga tersebut pada petang Khamis, bapa William berkata mereka berada di Melaka untuk berehat kerana ibunya tidak sihat. Sementara itu, rumah keluarga tersebut di Shah Alam kosong kecuali seorang lelaki yang mendakwa saudara mara berada di situ. -MStar







.

James Bond naik berat badan selepas 'Skyfall'


BERAT badan pelakon Daniel Graig dilaporkan telah meningkat selepas menyelesaikan penggambaran filem francais James Bond iaitu Skyfall yang ditayangkan pada tahun lalu. Craig, 44, yang telah muncul dalam tiga siri filem tersebut bagaimanapun telah dinasihatkan oleh rakanya untuk kembali ke pusat kecergasan untuk menurunkan berat badannya. "Dia telah menghabiskan masa berbulan-bulan di gim untuk watak dalam James Bond sebelum ini dan bentuk badannya sekarang tidak dalam keadaan baik. "Dia perlu kembali untuk mengembalikan otot dibadannya supaya sesuai dengan watak James Bond yang dipegangnya," jelas sumber kepada dailystar.co.uk. Craig sebelum ini telah muncul dalam tiga siri James Bond iaitu Casino Royale (2006), Quantum Of solace (2008) dan Skyfall (2012). -AP






.

Awas : Wanita mudah dapat kanser jika...


Perokok wanita berisiko tinggi menderita kanser paru-paru dan lain-lain penyakit berkaitan penggunaan tembakau berbanding sebelum ini, menurut satu penyelidikan oleh Jurnal Perubatan New England (NEJM). Penyelidikan yang diketuai Michael Thun, yang merupakan bekas Naib Presiden Emeritus Persatuan Kanser Amerika, dilakukan dalam kalangan 2.2 juta wanita berumur 55 tahun ke atas. Kajian itu mendapati, kematian meningkat di kalangan perokok wanita dekad ini akibat kanser paru-paru, penyakit halangan paru-paru kronik dan lain-lain penyakit berkaitan. Menurut kajian yang disiarkan semalam, perokok wanita pada 1960-an mempunyai 2.7 risiko mendapat kanser paru-paru berbanding mereka yang tidak merokok.

Namun, dalam kalangan perokok wanita beberapa dekad akhir-akhir ini, risikonya meningkat 25.7 kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Penyelidik mendapati peningkatan risiko akibat merokok menjadi petanda membimbangkan walaupun terdapat kemajuan dalam bidang perubatan yang berupaya memanjangkan tempoh hayat penduduk dunia sejak setengah abad lalu. "Amat membimbangkan apabila peningkatan melampau kalangan perokok wanita berterusan sejak beberapa dekad kebelakangan ini walaupun bukti menunjukkan perbuatan itu sangat berisiko terhadap kesihatan," kata Thun.

Beliau berkata, kewujudan lebih banyak jenama rokok bagi variasi yang didakwa 'ringan' untuk pasaran perokok wanita juga merupakan antara sebab peningkatan masalah tersebut. Menurutnya, asap rokok jenis itu disedut terus ke dalam paru-paru perokok bagi mengekalkan penyerapan nikotin. Kajian mendapati, perokok akan hilang secara purata 10 tahun jangka hayat mereka berbanding dengan mereka yang tidak merokok. Satu lagi petunjuk positif kajian itu adalah perokok yang berhenti merokok tanpa mengira usia, akan mengurangkan kadar kematian berpunca daripada penyakit berkaitan rokok secara mendadak. - AFP







.

Penyanyi cantik ini membuat kemunculan istimewa sebagai watak kartun


Penyanyi country terkenal Hollywood, Taylor Swift membuat kemunculan istimewa di dalam iklan terbaharu Disney sebagai watak kartun Rapunzel. Dalam iklan tersebut, Swift bergaya dengan rambut panjang mengurai serta duduk di tepi tingkap dan mengenakan busana rona ungu. Gaya itu diilhamkan daripada kisah dongeng Rapunzel, seorang wanita yang memiliki rambut panjang dan terkurung di dalam loteng, namun dia akhirnya diselamatkan oleh seorang putera raja.


Iklan tersebut merupakan promosi siri terbaharu program Disney yang berjudul Disney Dream Portrait. Penyanyi berusia 23 tahun itu menjadi selebriti pertama yang terlibat di dalam pengiklanan Disney pada tahun ini. Sebelum ini, beberapa selebriti termasuk aktor Russell Brand, Jack Black, Penelope Cruz, Olivia Wilde, Jennifer Lopez dan Marc Anthony juga pernah terlibat di dalam iklan Disney. - AGENSI






.

Sesuatu yang sangat serius bakal terjadi dengan Kota Jakarta?


Ramalan bahawa ibu kota Jakarta akan tenggelam akibat banjir pada 27 Januari ini dibantah oleh pihak berkuasa. Sebaliknya, Pegawai Khas Presiden (Bidang Bantuan Sosial dan Bencana) Andi Arief berkata, ibu negara Indonesia hanya akan bergenang dengan air akibat hujan yang diramalkan turun dengan lebat. "Perlu dibezakan maksud tergenang dan terbenam. Daerah yang akan tergenang bukan tenggelam ialah daerah di bahagian utara Jakarta yang mengalami penurunan tanah atau land subsidence dengan limpahan air sehingga dua meter di atas permukaan laut," kata Andi Arief dalam kenyataan media yang disiarkan dalam laman web Kompas.com hari ini. Sebelum ini, seorang pakar meteorologi dari Universitas Indonesia, Firdaus Ali meramalkan Jakarta akan tenggelam pada 27 Januari ini kerana air yang melimpah di daratan tidak dapat mengalir ke laut kerana tarikh berkenaan bertepatan dengan gerhana bulan. -Kompas








.

Gambar anak Marshanda, aktres sinetron Indonesia


Aktres sinetron Indonesia, Marshanda selamat melahirkan bayi sulungnya. Aktres berusia 23 tahun itu melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Sienna Amirah Kasyafani, dua minggu lebih awal daripada yang dijadualkan. "Isteri saya mengadu berasa sakit pada malam semalam, dan saya terus membawanya ke hospital. "Sebelum ini, doktor menjangkakan isteri saya bersalin pada 3 Februari ini," kata suami aktres tersebut, Ben Kasyafani. Marshanda dilaporkan melahirkan bayinya menerusi pembedahan ekoran mengalami masalah pada posisi bayi di dalam rahim.


Pasangan suami isteri tersebut melahirkan rasa syukur di atas kelahiran itu dan gembira untuk menjalani kehidupan sebagai ibu bapa. "Syukur alhamdulillah kerana Marshanda dan anak kami berada dalam keadaan sihat. "Kami akan membesarkan puteri kami dengan penuh kasih sayang dan melakukan yang terbaik buatnya," jelas Ben. - AGENSI







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!