Tuesday, January 29, 2013

Makanan kegemaran warga Zimbabwe adalah cacing


Mendengar nama cacing saja, rasanya sudah geli dan jijik. Tapi di Zimbabwe, Afrika, cacing malah menjadi makanan kegemaran warga disana. Cacing yang mereka makan namanya Cacing Mopane. Secara fizikal, Cacing Mopane ini bentuknya lebih mirip dengan ulat yang disebut Worms. Worms adalah ulat besar dari spesies Belina Gonimbrasia, biasa disebut rama-rama maharaja. Disebut cacing Mopane kerana ia memakan daun dari pokok Mopane setelah menetas di musim panas. Bagi warga Zimbabwe, cacing ini adalah makanan yang lazat.

Ianya boleh dimakan begitu sahaja, digoreng atau dimasak basah dengan sos. Cara menjadikan cacing ini menjadi makanan, setelah menetas dikumpulkan di bekas lalu cacing diramas untuk mengeluarkan isi perutnya, lalu dikeringkan. Seorang pakar nutrisi dari Zimbabwe, Marlon Chidemo mengatakan cacing ini tinggi nutrisinya dan mengandungi tiga kali protein daging lembu. Cacing Mopane kering telah di eksport ke negara-negara seperti Afrika Selatan dan Botswana, bahkan disajikan di restoran Afrika di Paris.-Nydailymail.





.

Wanita Pertama Digantung Sejak 2010


Seorang wanita disabitkan dalam pembunuhan ngeri dan rompakan menjadi wanita pertama yang menerima hukuman mati di Amerika Syarikat sejak 2010. Pegawai penjara berkata, Kimberly McCarthy, 51, yang sudah dijatuhi hukuman gantung sejak 14 tahun lalu dijangka digantung pada jam 6 petang waktu tempatan (hari ini) selepas Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat menolak rayuan terakhirnya. Dia menjadi wanita ke-13 dihukum gantung sampai mati sejak hukuman mati dilaksanakan semula di negara berkenaan pada 1976. - AP






.

Kajian : Pengguna kereta mudah gemuk


Satu kajian di Australia mendapati orang ramai yang menaiki kereta ke tempat kerja lebih mudah mengalami kenaikan berat badan, berbanding mereka yang menggunakan perkhidmatan bas, transit aliran ringan (LRT) dan basikal, walaupun mereka melakukan senaman pada waktu lapang. "Walaupun anda aktif pada masa lapang tetapi pada masa yang sama menggunakan kereta setiap hari, ia akan memberi kesan kepada berat badan anda,'' kata Ketua Pengarang, Institut Diabetes dan Jantung IDI Baker di Melbourne, Takemi Sugiyama.

Antara responden kajian itu yang bersenam sekurang-kurangnya dua jam setengah seminggu, mendapati berat badan mereka yang menggunakan kereta, didapati naik secara purata 1.8 kilogram dalam tempoh empat tahun, lebih berat setengah kilogram berbanding mereka yang pergi bekerja dengan cara lain termasuk yang bekerja di rumah.-AP





.

Memang kreatif.. Ciptaan 2 dalam 1


Kerusi modern yang terintegrasi dengan rak buku ini memang sangat unik. Selain rekabentuknya yang berbeza, kerusi yang bermaterialkan kulit dan kayu ini juga boleh membuatkan penggunanya semakin rajin membaca ketika duduk diatasnya.


Ini adalah kerana, menurut perekanya, Alisee Matta dan Giovanni Gennari dari Nobody & co, kerusi ini mampu memuatkan ratusan buku dan majalah di ruang penyimpanannya.


Dan apa yang lebih menarik, kerusi ini disediakan dalam pelbagai kombinasi warna untuk menarik hati pembeli.






.

Gambar dan pemandangan menakjubkan dari bangunan tertinggi di dunia


Ia adalah imej yang sangat menakjubkan. Imej luar biasa telah diambil dari 828 meter di atas paras laut, dari atas bangunan yang tertinggi di bumi, Burj Khalifa. 70 gambar, untuk memperlihatkan pandangan Tom Cruise ketika dia berada di atas sekali bangunan ini semasa penggambaran Mission Impossible 4, 'Ghost Protocol'.


Gambar-gambar yang diambil memperlihatkan bangunan-bangunan mercu tanda Dubai, termasuk di Burj Al Arab hotel, pusat membeli-belah terbesar di dunia, Dubai Mall dan Meydan Racecourse dan menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa bandar masih di landasan yang pantas untuk dibangunkan sebagai hab perniagaan dan destinasi pelancongan.


Jurugambar, Gerald Donovan telah diberi akses ke atas Burj Khalifa, yang dibangunkan oleh pemaju Hartanah hartanah global Emaar. Burj Khalifa setinggi 163 tingkat setakat ni, dan merupakan bangunan yang sangat menakjubkan. Gambar-gambar diambil bagi membuatkan setiap orang merasai pengalaman menakjubkan, pemandangan dari bangunan tertinggi di dunia. AP





.

Cantiknya Azza Elite dengan imej terbarunya... alhamdulillah


Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini. "Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. "Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

"Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya. Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu. Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik."Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu.


"Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga," tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly. Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa. Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya. "Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya.

Selama ini, lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai. "Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja. "Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atuk dan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna. -Mstar






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!