Friday, February 1, 2013

Salman Khan pernah langgar orang hingga mati?


Seorang peguam negara berkata, bintang filem India, Salman Khan akan dibicarakan atas homisid berikutan dakwaan penglibatan beliau dalam satu kemalangan jalan raya lebih 10 tahun lalu. Jika disabitkan bersalah, beliau berhadapan dengan penjara maksimum 10 tahun. Peguam Salman Khan iaitu Deepesh Mehta berkata, seorang majistret pada Khamis menerima rayuan oleh pendakwa raya bahawa beliau perlu didakwa kerana homisid daripada menyebabkan kematian kerana kecuaian, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Seorang lelaki terbunuh dan tiga yang lain cedera apabila Salman Khan didakwa memandu keretanya dan merempuh sekumpulan gelandangan yang tidur di laluan pejalan kaki di Bombay pada September 2002. Perbicaraan Salman Khan bermula 11 Mac ini. Mahkamah India begitu terkenal menangguhkan perbicaraan dan ia boleh mengambil masa beberapa tahun untuk diselesaikan. - AP





.

Bunga ni macam bibir manusia


Bibir seksi Mick Jagger ternyata dijumpai pada tanaman. Psychotria elata--nama tanaman itu, memiliki bunga berbentuk seperti bibir penyanyi utama kumpulan legenda Rolling Stones tersebut: tebal dan merah. Keunikan bunga membuat tanaman ini digelar bermacam hal yang tidak jauh dari istilah bibir, seperti Hot Lips Plant, Flower of Lips, dan Hooker Lips. Psychotria elata boleh ditemui di daerah hutan tropika Costa Rica dan Colombia. Bunga ini merupakan hasil evolusi untuk menarik organisme pendebunga seperti burung humming bird dan kupu-kupu.


Penemuan ini cukup menarik. Sebab, Mick Jagger selama ini terkenal tidak hanya kerana bakat nyayiannya. Bibir seksinya--yang kerap dimuncungkan, selalu menarik perhatian peminatnya. Mick menikmati kemasyuran sebagai pemuzik selama lebih dari 50 tahun. Lelaki yang lahir pada tahun 1943 ini sering digambarkan sebagai salah satu pemuzik paling popular dan berpengaruh dalam sejarah muzik rock and roll. -info







.

Cara doktor Singapura menangani pesakit


Semakin meningkatnya dunia, semakin mudah pula masyarakat berkomunikasi antara negara. Chief Executive Office Hospital Mount Elizabeth Novena, Doktor Kelvin Loh, mengaku selalu menyokong 200 doktor hospitalnya itu untuk berkomunikasi dengan pesakit, dan membolehkan pesakit merasa selesa.  Menurut Loh, cara berkomunikasi doktor kepada pesakit diserahkan kepada doktor. Hospital Mount Elizabeth Singapura menerapkan layanan aktif kepada pesakit. Dalam layanan ini, doktor lebih aktif menghubungi pesakit dan bertanyakan keadaan mereka. Para doktor ini tidak risau memberikan nombor peribadi kepada pesakitan. Pakar bedah tulang, Dokter Jeffrey Chew, juga melakukan layanan yang sama.

Dia memiliki pengalaman unik ketika menangani pesakit berkewarganegaraan Indonesia yang harus melakukan pembedahan tulang lutut. Hingga enam bulan setelah pembedahan, Chew selalu berkomunikasi dengan pesakit berasal dari Medan itu. "Saya pakai Skype untuk berkomunikasi dengannya. Jadi saya boleh melihat keadaan lututnya setelah pembedahan," kata Chew. -AP






.

CCTV merakam kejadian yang paling jarang berlaku..


CCTV merakam kejadian yang sangat jarang berlaku, seorang ibu melahirkan bayi di dalam sebuah bas. Dalam video itu, dilihat seorang penumpang perempuan kelihatan sakit perut. Kemudian terlihat cairan ketuban yang pecah mengalir di lantai bas yang sedang berjalan. Tak lama kemudian ibu yang bernama Wang Liyang menarik bajunya dan melahirkan bayinya sendiri. Video luar biasa ini merakam juga penumpang lain yang kelihatan memberikan bantuan mengambilkan selimut untuk membungkus bayi yang baru lahir tersebut. Dan dikhabarkan bas segera dipandu laju menuju hospital di Chengdu, provinsi Sichuan China. Dilaporkan bahawa ibu Liyang naik bus nombor 666 dengan anaknya berusia tiga tahun setelah merasa sakit untuk menuju ke Chengdu Medical College.

Namun sebelum sampai ditempat tujuan, air ketubannya pecah dan dia bersalin disitu. Penumpang lain bertanya keadaannya, tapi dia tidak mampu bercakap kerana merasa sakit. Setelah risau dengan apa yang berlaku, pemandu bas segera menuju ke hospital di Chengdu. Setelah melahirkan, ibu Liyang menggendong bayi terbalik dan menepuk punggungnya dalam upaya membantu membersihkan saluran udaranya.  Bayi lelaki itu lahir dengan selamat, dan ibu dan anaknya dalam keadaan yang baik. -Cd






.

Kim Kardashian mula memperlihatkan tanda-tanda kehamilannya


Dia telah melakukan yang terbaik untuk menyembunyikan perut-tanda tanda kehamilannya dengan memakai pakaian besar sejak mengumumkan kehamilannya bulan lepas. Tetapi kini, sudah sampai masanya untuk Kim Kardashian sukar menyembunyikan perutnya yang semakin membesar. Artis realiti yang berusia 31tahun itu sedang hamil anak pertamanya yang juga merupakan anak teman lelakinya, Kanye West, tampil dengan pakaian Lycra ketat dan memperlihatkan perutnya yang mulai membesar ketika balik dari sesi gimnasium lewat malam di Los Angeles.


Kim dijangka akan melahirkan anak pada bulan Julai ini, dan baru-baru ini dia menyatakan kerisauannya terhadap berat badan yang naik terlalu banyak semasa dia hamil. -thesun






.

Dia antara manusia paling cerdik di dunia walaupun baru berusia 2 tahun


Seorang kanak-kanak berumur tiga tahun, Sherwyn Sarabi yang boleh membaca ketika berumur dua tahun, diiktiraf sebagai antara manusia paling cerdik di dunia. Sarabi dari Barnsley, South Yorkshire, memperoleh gelaran itu selepas ujian kecerdikan otaknya (IQ) adalah sebanyak 136, menjadikannya seorang daripada satu peratus penduduk dunia paling cerdik. Kanak-kanak tersebut mula belajar membaca pada usia enam bulan dan mula bertutur pada usia 10 bulan dan pandai menyusun perkataan pada usia 20 bulan.

Apabila berumur dua tahun, Sarabi boleh membaca, mengira dari 1 hingga 200, mengenal dan boleh menamakan nama negara, bendera, planet di sistem suria selain bahagian anggota badan dan organ dalaman. Ibu kanak-kanak itu, Amanda Sarabi, 36, berkata, anaknya itu mampu menamakan setiap negara di dunia bersama bendera negara tersebut. ''Dia juga boleh menerangkan fungsi anggota dalam badan. ''Pengetahuan umumnya juga mengagumkan. Dia tahu mengenai segalanya. Apabila bercakap dengan dia tidak seperti bercakap dengan kanak-kanak berumur tiga tahun,'' katanya yang merupakan seorang bekas guru. - Agensi




 P/S - Dia tak nampak berusia 2 tahunlah.. besar :)






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!