Monday, February 4, 2013

Lagi mangsa mendakwa ditipu agensi umrah dan haji


Seorang ahli perniagaan warga Singapura membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu sebuah agensi pengurusan haji dan umrah tempatan yang dikendalikan seorang wanita. Pengarah syarikat pengurusan umrah yang beroperasi di Johor Bahru, Jamaluddin Mohammad, 53, mendakwa wanita berkenaan tidak menjelaskan bayaran penerbangan membabitkan seramai 202 jemaah umrah menyebabkan syarikatnya kerugian lebih RM500,000. Jamaluddin berkata, beliau mengenali wanita itu melalui seorang rakan dan pernah berurusan beberapa kali dengannya dalam urusan jemaah umrah dan haji sejak 2011.

"Namun kali terakhir pada tahun lalu beliau tidak menjelaskan bayaran membabitkan 202 jemaah yang saya kendalikan," katanya. Beliau yang berasa dirinya ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada Khamis lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah yang dihubungi berkata, siasatan sedang dijalankan terhadap laporan ahli perniagaan itu. - BERNAMA




 P/S - Takkanlah pasal agama pun nak menipu.. adeh






.

Gempar : Larangan bayi baru lahir di azan dan di iqamah


Berdasarkan peraturan Pejabat Mahkamah Kazakhstan, mula saat ini bayi-bayi baru lahir di negara itu tidak dapat mendengarkan suara azan dan iqamah. Sesuai dengan keputusan yang diambil, mahkamah kota Mangistau, Kazakhstan, bilik-bilik bersalin melarang pembacaan azan dan iqamah di telinga-telinga bayi yang baru lahir. Bilik bersalin di beberapa hospital Kazakhstan beberapa minggu lalu untuk pertama kalinya menjalankan keputusan tersebut.

Mahkamah Kazakhstan mengatakan alasan diatas keputusan itu adalah ketidaksesuaian pembacaan azan dan iqamah di telinga bayi-bayi baru lahir dengan undang-undang Kazakhstan. Ditambahkan, tempat bersalin kata mereka merupakan urusan duniawi dan pelaksanaan ritual agama bertentangan dengan undang-undang. -Fars News






.

Tiada yang mustahil : Dapat melihat walaupun buta sejak 21 tahun


Seorang lelaki yang buta sejak 21 tahun lalu dapat melihat kembali selepas menjalani kaedah pembedahan terbaru menggunakan tisu mata penderma yang sudah meninggal dunia. Steve Williams, 42, menghidap penyakit dikenali sebagai keratoconus, penyakit genetik yang menyebabkan kerosakan mata dan akhirnya menjadi buta, menjalani pembedahan itu untuk memperbaiki kornea dan retinanya di Preston Royal Hospital di sini. Bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia menjadi buta ketika berumur 21 tahun.

 
''Saya sudah pasrah untuk melihat dua anak saya dan sedar saya tidak akan dapat menjadi ayah yang sempurna. ''Selepas menjalani pembedahan ini, saya dapat melihat muka saya sendiri. Namun, melihat muka dua anak lelaki saya merupakan perkara paling mengagumkan,'' katanya. Williams kini menggunakan cermin mata dan merancang menjadi seorang jururawat. Pakar bedah yang menjalankan pembedahan ke atas mata Williams, Mark Vose berkata, beliau menggunakan teknik terkini dan ubat- ubatan terbaharu untuk mengembalikan penglihatan pesakitnya itu. Beliau berkata, kejayaan pembedahan itu juga dibantu atas persetujuan penderma untuk menderma organ mereka. - Agensi






.

Cerita terkini peninju lagenda, Muhammad Ali


Peninju legenda, Muhammad Ali, tidak lama lagi akan menghembuskan nafas terakhir, kata adiknya, Rahman Ali. Bekas juara tinju ‘heavyweight’ berusia 71, itu tidak lagi mengenali beliau, kata Rahman. Ali bergelut dengan penyakit Parkinson dan Rahman bimbang abangnya tidak mampu bertahan lebih lama.


Ali tak bercakap 

“Abang sudah tidak dapat bercakap dan tidak mengenali saya. Dia dalam keadaan teruk. Dia amat sakit. “Dia mungkin akan pergi beberapa bulan atau beberapa tahun. Mungkin juga sebelum musim panas kali ini berakhir. Nyawanya di tangan Tuhan. Kami harap dia dapat pergi dengan tenang,” katanya. Namun, Rahman, 69, juga memberitahu penyakit itu bukan faktor utama terhadap keadaan kesihatan Ali. Beliau menyalahkan Lonnie, isteri Ali sejak 26 tahun lalu kerana memecahbelahkan keluarga mereka. Ali pasti marah jika tahu apa sudah berlaku, katanya ketika diwawancara akhbar The Sun. Rahman tidak dapat menahan kesedihan ketika beliau mengakui, dia rela melihat abangnya meninggal dunia sekarang supaya dapat keluar daripada penderitaan.


Capai semua 

“Dia kata kepada saya sebelum dirinya teruk bahawa dia tidak sakit. Dia genggam tangan saya dan bisik, ‘Rah, saya sudah capai segala-galanya yang saya mahu. Jangan menangis, saya tidak berada dalam kesakitan. “Adalah bagus jika dia pergi sekarang. Lebih lama dia dalam keadaan itu, dia akan terus menderita dan sengsara. “Dia akan ke syurga, itu tidak syak lagi. Jika pengebumiannya esok, semua negarawan di dunia akan muncul. Dia disayangi semua, yang kaya atau miskin. “Saya sayangkan abang berbanding orang lain kerana dia yang terbaik. Semua orang kenal Muhammad Ali.” AGENSI

'Hadiahkan'Taj mahal buat yang tersayang


Golongan lelaki kini berpeluang membeli 'Taj Mahal' dan menghadiahkannya kepada insan tersayang sebagai lambang cinta sejati seperti yang dilakukan oleh Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz Mahal. Perkara itu bukanlah mustahil selepas satu kumpulan yang dianggotai kira-kira 35 tenaga kerja di sini, menghasilkan sebuah replika bangunan Taj Mahal setinggi 106 sentimeter. Replika bangunan ikonik itu dibina daripada 20 kilogram emas, 400 kilogram perak dan dihiasi dengan lapan butir berlian. Menurut ketua kumpulan tersebut, Syed Hanif, sebanyak 25 kubah Taj Mahal dihasilkan daripada emas, manakala 20,000 kepingan perak dijadikan lantai bangunan tersebut.

Syed berkata, sebanyak 32 pintunya turut diperbuat daripada emas, selain seorang ulama ditugaskan untuk memastikan ayat-ayat Al-Quran yang dihiaskan pada replika bangunan abad ke-16 itu dihasilkan dengan teliti dan tepat. "Saya merupakan seorang pekerja biasa yang hanya menerima upah sebanyak 11 pound (RM53) sehari sewaktu pertama kali melihat Taj Mahal. "Sejak dari itu, saya menjadi taksub akan bangunan ikonik tersebut dan bercita-cita menghasilkan replikanya yang diperbuat daripada emas," kata pemilik syarikat barangan kemas Star Gems itu.

Bagi merealisasikan impiannya, usahawan berusia 50 tahun itu mengarahkan sekumpulan pekerjanya untuk meneliti setiap sudut Taj Mahal bagi menghasilkan replika yang benar-benar serupa. "Kami mengambil beribu-ribu keping gambar Taj Mahal untuk membuat lakaran pembinaan replika. "Biarpun menelan belanja yang banyak untuk menghasilkannya, saya bercadang untuk menjual replika tersebut pada harga sekurang-kurangnya 11.5 juta pound (RM55.2 juta)," ujarnya. - AGENSI






.

Sleepbox, hotel paling unik di dunia


Sleepbox, bilik dengan luas 4 meter persegi ini disebut Hotel dan tidak hanya tersedia di kawasan perlancongan, tetapi juga lapangan terbang. Sudah banyak lapangan terbang internasional di dunia yang menyediakan hotel, untuk memastikan keselesaan penumpang pesawat. Namun unik, hotel yang disediakan adalah mikro hotel, seperti yang ada di Rusia. Mikro hotel bernama sleepbox adalah hotel berukuran mini yang tersedia di Terminal Aeroexpress, lapangan terbang Sheremetyevo di Moskow.


Umpama sebuah hotel, sleepbox smemiliki fasiliti berupa tempat tidur dengan jumlah maksima tiga katil, meja, lampu baca, elektrik, jam tv, dan alarm. Sleepbox sengaja dibina untuk para penumpang yang ingin beristirehat di lapangan terbang. Sleepbox boleh di tempah 30 minit sebelum penggunaan, dan anda bebas beristirehat sehingga pesawat tiba. -AP







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!