Tuesday, February 12, 2013

Parah : Dia masih hidup walaupun jatuh dari tempat tinggi dan seperempat dari tengkoraknya hancur


Lee Charie (32), seorang pelancong sangat bernasib baik kerana masih dapat meneruskan hidupnya walaupun terjatuh dari balkoni hotelnya di Pulau Koh Tao, Thailand, Disember tahun lalu dan kepalanya mendapat kecederaan serius. Para pekerja hotel saat itu menemukan Lee sudah tak sedarkan diri setelah jatuh dari ketinggian sekitar tujuh meter. Lee lalu dilarikan ke klinik kesihatan yang lebih besar di Pulau Koh Samui. Selama dua hari, Lee tak sedarkan diri meskipun paramedik berusaha menyedarkannya. 


Akhirnya kumpulan doktor memutuskan untuk membuang seperempat tengkorak Lee yang hancur akibat kemalangan demi memberi ruang bagi otak lelaki itu untuk pulih. Dua minggu setelah pembedahan dan keadaan Lee sudah mula baik, dia dibawa pulang ke England. Doktor tempatan menyerahkan tengkoraknya yang sudah dibuang di dalam sebuah kotak steril untuk dibawa pulang. Kotak berisi sebahagian tengkorak Lee itu dijaga seorang doktor Thailand yang ikut ke England untuk merawat Lee selama penerbangan. Saat ini, Lee sudah mula pulih dari cedera kepalanya, dan dia mula belajar berjalan dan bercakap. -AP






.

Gambar Beyonce jadi mangsa virus alam maya


Tindakan pihak publisiti Beyonce Knowles yang meminta pihak media memadam gambar 'hodoh' penyanyi itu semasa membuat persembahan di Super Bowl, masih tidak dapat menyelamatkan gambar itu dari menjadi virus di laman maya.


Kini, pelbagai gambar 'hodoh' Beyonce yang telah dimodifikasi oleh beberapa pihak yang merasakan gambar tersebut sangat lucu. Antara gambar yang telah disunting memperlihatkan tangan Beyonce telah ditukar kepada tangan ketam dan ada juga gambar yang telah di tambah dengan imej asap seperti menunjukkan Beyonce marah.


Fenomena yang dikenali dengan nama Streisand Effect ini sememangnya bukan pertama kali terjadi. Sebelum ini aksi Angelina Jolie yang menunjukkan pehanya turut menjadi mangsa Streisand Effect. -SH





.

Apakah yang pelik sangat ni? Hanya kerana minat


Seorang peminat makanan bijirin sanggup menghabiskan sebanyak 36,000 pound (RM176,242.75) dengan menjelajah ke 60 negara untuk merasai emping jagung paling enak yang merupakan makanan kegemarannya. Mick Hobday, 33, telah menikmati lebih 4,000 mangkuk emping jagung dalam pengembaraannya ke lima benua sejak 10 tahun lalu. Namun, Hobday berhasrat untuk terbang ke India sekali lagi tahun ini, selepas menemui emping jagung paling enak yang pernah dirasainya dalam penjelajahan ke negara itu sebelum ini. "Emping jagung di India lebih gelap, rangup dan organik.


Lebih menarik lagi ia semenangnya diperbuat daripada jagung yang ditanam di negara itu," katanya. Walau bagaimanapun katanya, beberapa jenama yang murah, yang kebanyakannya ditemui di Asia dan Afrika, mempunyai rasa yang sangat teruk dan lembik serta-merta selepas dicurah susu. Hobday berkata, dia 'jatuh cinta' pada emping jagung ketika mula merasainya pada usia 10 tahun. Dia kemudian meminta ibunya menyediakan makanan itu tiga kali sehari, dinikmati bersama susu dan gula, kadangkala ia dijadikan hidangan utama untuk makan tengah hari atau malam.


 Idea melancong sambil merasai emping jagung bermula ketika dia berada di Mexico pada September 2002 dan kemudian merasai makanan itu di berpuluh-puluh negara termasuk Mali, Brazil, Thailand dan Switzerland. Hobday juga tidak lupa mengambil gambar sambil menikmati emping jagung di depan monumen popular tempat yang dikunjunginya, antaranya menara Eiffel di Paris, Times Square di New York dan piramid di Mesir.


Bagi merealisasikan impiannya, lelaki yang sudah berkahwin itu melakukan pelbagai kerja sementara, bagi mengumpul wang untuk menjelajah ke serata dunia termasuk dengan berbasikal sejauh 2,0921.5 kilometer. "Hidup saya untuk mengembara dan mahu melawat semua negara dalam dunia. Bagaimanapun, bagi menjadikan impian saya sesuatu yang unik, saya mewujudkan idea mengembara sambil menikmati emping jagung," katanya. - AGENSI






.

Kemampuan menakjubkan dari seorang kanak-kanak berusia 22 bulan


Seorang kanak-kanak berusia 22 bulan di Australia belum boleh berjalan dengan lancar, namun hebatnya, dia mahir berenang. Di usianya yang masih sangat muda, anak perempuan ini mampu berenang menempuh jarak 150 meter secara terus-menerus. Media tempatan, Gold Coast Bulletin melaporkan, kanak-kanak bernama Kate Wood ini menghabiskan waktu 20 minit untuk menempuh jarak 150 meter tersebut. Kanak-kanak ini mampu berenang ulang-alik sebanyak 6 kali dalam kolam sepanjang 25 meter. "Kate berenang lebih baik daripada berjalan, sungguh menakjubkan bagaimana cepatnya anak itu beradaptasi dengan air," ujar ibu Kate. Libby sendiri mengaku tidak terkejut dengan kemampuan buah hatinya ini.

Libby justru berharap agar Kate mampu menempuh jarak 250 meter dalam beberapa bulan akan datang. "Tidak begitu mengejutkan bagi saya, kerana anak lelaki saya, James yang kini berusia 5 tahun, melakukan hal yang sama ketika seusia itu. Saya tahu memang hal seperti itu tidak biasa bagi seorang anak yang sangat kecil dan saya selalu bangga dengan anak-anak saya, dan saya tahu mereka berdua boleh melakukannya," tutur Libby. Bagi Libby, belajar berenang merupakan suatu kemestian bagi anak-anaknya. "Kami tinggal di lingkungan dengan banyak takungan air dan kolam, bagi saya anak-anak harus belajar berenang untuk boleh bertahan hidup. Saya hanya ingin memastikan jika sesuatu terjadi, mereka selamat," ucap Libby.

Kate tercatat sebagai murid termuda dalam kelab renang Gulliver's Swim School di Coomera, Gold Coast, Australia. Guru renang Kate, Terry Gulliver dan Lara Bax menyatakan, prestasi Kate ini menjadi bukti bahawa anak kecil sebenarnya mampu mengembangkan kemampuan berenang lebih awal dari yang boleh dibayangkan oleh ibubapa mereka. -news.com






.

PSY Gangnam Style ucap terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana dijemput ke Malaysia


Buat julung-julung kalinya, penyanyi terkenal, Psy tampil mengadakan persembahan di negara ini sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Hang Chiang. Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-sang muncul di pentas pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari mendapat sorakan gemuruh lebih 80,000 penonton yang hadir sejak awal pagi. Bersama lebih 10 barisan penarinya, penyanyi berusia 35 tahun itu tampil berpakaian warna putih menghiburkan tetamu dengan lagu Oppa Gangnam Style bersama aksi tarian kuda yang mencetus fenomena di seluruh dunia.

Orang ramai yang menyaksikan persembahannya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengambil peluang merakam gambar penyanyi yang berasal dari Korea Selatan itu. Psy juga sempat berkomunikasi dengan orang ramai memaklumkan bahawa beliau baru tiba di negeri ini pada pagi selepas menempuh penerbangan 20 jam dari Brazil. "Saya meminta maaf kerana membuatkan anda menunggu lama untuk saya menyanyi dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menjemput saya," katanya. - UTUSAN






.

Ikan pari besar seberat 150kg berjaya ditangkap


Pukat yang dipasang dua sahabat berhampiran pintu kawalan air Gong Kulim di Terusan Semerak di sini berjaya memberikan mereka habuan seekor ikan pari batik seberat 150 kilogram. Dua sahabat tersebut, Mohamad Azri Azmi, 20, dan Nik Mohd. Anaz Nik Mansor, 17, yang memasang pukat itu petang semalam hanya menyedari hasil tangkapan mereka ketika menaikkannya pagi ini. "Dengan sekuat tenaga, kami sedaya upaya menarik pukat yang dipasang sehingga kelihatan bentuk badan ikan pari besar tersangkut.

“Nasib kami baik dengan rezeki yang tidak diduga walaupun bot kami hampir tenggelam apabila ikan berkenaan menggelepar ketika cuba diangkat ke atas bot," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Datuk, dekat sini petang ini. Mohammad Azri berkata, mereka berdua menggunakan pendekatan menarik pukat ke tebing sungai kerana tidak mahu ikan sebesar itu terlepas begitu sahaja. - UTUSAN






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!