Thursday, February 14, 2013

Cara mudah menyelesaikan masalah kehabisan bateri telefon bimbit


Anda sering menghadapi masalah kehabisan bateri telefon bimbit ketika saat-saat genting? Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana secawan kopi panas atau sejuk sudah mampu menyelesaikan masalah anda yang sering kehabisan bateri telefon bimbit. Sebuah syarikat elektronik beribu pejabat di New Castle, Pennsylvania di Amerika Syarikat, Epiphany Labs telah mencipta prototaip pengecas yang kuasanya dijana menggunakan minuman panas atau sejuk untuk memastikan bateri telefon sentiasa penuh.

Ciptaan yang dikenali sebagai The Epiphany One Puck mempunyai dua bahagian berwarna merah untuk air panas dan biru bagi air sejuk. Gajet tersebut menggunakan penjana yang dikenali sebagai Stirling untuk menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik yang kemudiannya disambungkan kepada telefon bimbit melalui kabel USB. Buat masa ini, firma Epiphany Labs masih menguji tempoh yang diperlukan gajet itu untuk mengecas telefon bimbit berdasarkan tahap kesejukan atau kepanasan sumber.

Pegawai Epiphany Labs, Tim Joseph berkata, pihaknya masih mengumpul dana bagi merealisasikan projek tersebut untuk memasarkan gajet berkenaan secara besar-besaran. "Idea menggunakan penjana Stirling bukan perkara baharu, tetapi tiada pihak yang berjaya menghasilkan gajet berguna yang dijual secara meluas di pasaran. "The Epiphany One Puck dijangka mula dijual pada awal tahun depan dengan harga AS$114 (RM351) seunit," katanya. - AGENSI






.

Dua wanita hampir dibakar kerana dipercayai miliki ilmu sihir


Pihak polis Papua New Guinea mengakui pasukan keselamatan berhasil menyelamatkan dua wanita yang akan dibakar oleh penduduk kerana dituduh mempunyai ilmu sihir. Seorang polis tempatan, Teddy Tei, berkata dua wanita tua tersebut dituduh dalang disebalik kematian seorang anak perempuan berusia lapan tahun di kota Mount Hagen. Namun Teddy Tei mendedahkan polis percaya anak tersebut sebenarnya diperkosa dan dibunuh oleh dua suspek yang diketahui identitinya. Kedua suspek berada diantara kumpulan penduduk yang mengikat dua wanita yang akan dibakar tersebut. Tei berkata, polis bergerak ke lokasi kejadian setelah menerima informasi dari seorang saksi.

Dua wanita itu berjaya diselamatkan dan setakat ini pasukan keselamatan telah menangkap 20 orang suspek yang dikatakan terlibat langsung dengan kejadian itu. Peristiwa ini terjadi beberapa hari setelah seorang wanita muda dibakar hidup-hidup oleh penduduk yang marah kerana dituduh mempunyai ilmu sihir di kota yang sama. Polis menyeru kepada masyarakat untuk tidak menjadi hakim sendiri terhadap orang-orang yang mereka curiga mempunyai ilmu sihir. Ramai penduduk Papua New Guinea masih percaya pada ilmu sihir dan mereka tidak dapat menerima alasan bahawa kemalangan atau kematian disebabkan oleh hal-hal semulajadi. -BBC





.

Ular lego terpanjang di dunia


Para pengunjung ke Legoland Malaysia diberi peluang meraikan tahun ular dalam kalendar Cina dengan sama-sama membentuk ular lego terpanjang di dunia. "Sejak pembentukannya bermula pada awal cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, ular yang dibentuk kini mencapai 200 meter tinggi. "Para pengunjung turut menyertai kegiatan yang julung kali diadakan ini dan akan berakhir pada 17 Februari di taman tema antarabangsa pertama di Malaysia ini," kata Legoland Malaysia dalam kenyataannya. Sekiranya cubaan ini berjalan lancar, ular yang dibentuk itu dianggar mencapai lebih 300 meter panjang dan menggunakan kira-kira satu juta bongkah Lego. Apabila siap kelak, ular Lego terpanjang di dunia ini akan melingkar di kawasan taman seluas 30.8 hektar itu. - Bernama







.

Artis bertunang sarung cincin sendiri


Tindakan artis ini yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam. Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah walaupun sudah bertunang. "Kita perlu faham bahawa selagi belum berlakunya akad nikah, tunang kita masih lagi bukan mahram, maknanya tidak boleh disentuh.

"Hadis Nabi ada menyebut sesiapa yang berkahwin, ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya."Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara," katanya. Wan Akashah diminta mengulas penyebaran gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, dengan seorang wanita yang dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.

Salah satu gambar itu memperlihatkan Fizz menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan yang biasanya dilakukan oleh ibu ataupun individu wanita, mewakili pihak lelaki dalam sesebuah majlis pertunangan. Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan.Dalam adat orang Melayu, bertunang adalah satu perjanjian dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan yang berjanji untuk berkahwin. Sebagai tanda 'diikat', wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijab kabul.


Perlu Uarkan 

Pertunangan Dalam perkembangan berkaitan, Wan Akashah yang juga suami kepada penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum agar tunangnya itu tidak dirisik orang lain "Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua," ujarnya.

Sementara itu usaha untuk mendapatkan komen Fizz berhubung majlis berkenaan tidak berhasil kerana pelakon itu enggan menjawab panggilan telefon dan juga tidak membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS). Fizz dikatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangan itu “bocor” selain mengejutkan pelakon Almy Nadia yang selama ini dikatakan kekasihnya walaupun pelbagai kontroversi dilalui mereka sebelum ini. -Mstar






.

Kanser dipulihkan dengan bantuan sejenis ubat


Seorang penyelidik yang menghidap kanser servik berjaya pulih daripada penyakit itu dengan bantuan sejenis ubat yang dihasilkan melalui kajian yang dijalankannya sendiri. Dr. Hayley Farmer, 39, bertugas di Cancer Research UK dalam satu pasukan yang bertanggungjawab menjalankan ujian klinikal ke atas ubat dan vaksin baharu. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan yang melakukan kajian ke atas ubat Cisplatin, sejenis ubat kemoterapi yang diuji ke atas pelbagai jenis kanser. Farmer berkata, dia berkhidmat di Cancer Research UK kerana neneknya meninggal dunia akibat kanser. '

'Namun, ketika bertugas di pusat penyelidikan itu saya tidak sedar saya sendiri menghidap penyakit kanser servik sehinggalah saya menjalani ujian rutin pada 2007. ''Saya seperti tidak percaya apabila dimaklumkan bahawa saya menghidap penyakit itu. ''Namun, saya melihat penyakit ini sebagai satu perkara positif,'' katanya. Farmer berkata, ketika menyedarinya, peringkat kanser yang dihidapinya sudah terlalu lewat untuk dibedah dan beliau diberikan rawatan radioterapi dan Cisplatin. Beliau bersyukur dan bernasib baik kerana ada perkhidmatan pemeriksaan kanser untuk mengesan kes-kes seperti itu. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!