Sunday, March 10, 2013

Siapa sangka haiwan ini pintar berenang


Tidak ramai yang tahu sebenarnya arnab boleh berenang sama seperti anjing. Hal itu dapat dilihat apabila seorang wanita yang memiliki arnab gergasi telah memaksa haiwan itu berenang di dalam kolam hidroterapi bagi merawat penyakit artritis. Amanda Williams, 44, berkata, arnab yang seberat 68 kilogram dan sepanjang 81.2 sentimeter bernama Heidi dikesan menghidap artritis selepas tidak mampu bergerak pada Krismas tahun lalu. ''Apabila saya membawanya ke doktor haiwan, penyakit itu dikesan di paha dan lutut Heidi dan doktor mencadangkan supaya saya menggunakan rawatan hidroterapi,'' katanya.

Williams tidak menyangka Heidi mampu berenang di dalam kolam tersebut selepas dipakaikan baju renang kerana sebelum ini rawatan itu hanya digunakan untuk kuda dan anjing. ''Saya tidak sangka Heidi boleh berenang pada sesi pertama rawatan ini. Dia ada menghadapi masalah apabila air masuk ke dalam telinganya, namun selepas kami mengikat telinganya itu, dia mampu berenang,'' katanya. Dia berharap latihan renang dua kali seminggu dengan bayaran sebanyak 30 pound (RM141) untuk setiap sesi dapat membantu haiwan kesayangannya pulih daripada penyakit itu. - AGENSI





.

Seorang lelaki mati selepas 25 hospital menolaknya


Seorang lelaki berumur 75 tahun di Jepun mati setelah 25 buah hospital menolaknya. Alasannya, mereka kekurangan tempat tidur ataupun para doktor untuk merawat lelaki malang itu. Lelaki itu tinggal seorang diri di sebuah kota di sebelah utara Tokyo. Dia menelefon ambulans setelah mengalami gangguan pernafasan di rumahnya. Ketika itu, paramedik pun bergegas datang ke rumahnya untuk membawa lelaki tersebut ke hospital. Namun keseluruhan 25 hospital di wilayah itu menolak menerima lelaki itu. Dikhabarkan, beberapa antara hospital itu bahkan dihubungi lebih dari sekali namun tetap menolak merawat lelaki itu.

Secara tepatnya, lelaki sebatang kara itu ditolak 36 kali dalam waktu dua jam. Ambulans tersebut akhirnya pergi ke sebuah hospital, yang jaraknya sekitar 20 minit dengan menggunakan kereta. Namun lelaki itu disahkan mati tak lama setibanya di hospital tersebut. Penyebab kematiannya tidak didedahkan kepada umum. Salah seorang paramedik berkata, mereka belum pernah mengalami "seorang pesakit yang ditolak berulang kali seperti itu". Atas kejadian ini, kerajaan kota Kuki, tempat lelaki itu tinggal, telah meminta semua hospital di wilayah tersebut agar meningkatkan kapasiti ruang kecemasan mereka. -Jiji Press





.

Hukuman mati buat peminat bola sepak yang terlibat dalam rusuhan di stadium


Sebuah mahkamah Mesir, hari ini mengesahkan hukuman mati yang dijatuhi ke atas 21 peminat bola sepak kerana terlibat dalam rusuhan di stadium Port Said pada tahun lalu, yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut. Mahkmah itu turut menjatuhi hukuman penjara selama 15 tahun ke atas dua pegawai polis kerana penglibatan mereka dalam rusuhan pada Februari 2012 itu yang mengakibatkan lebih 70 orang terbunuh. Namun, keputusan awal pada 26 Januari lalu mencetuskan bantahan ganas dan menyebabkan berlaku pertempuran antara penduduk tempatan dengan polis. Sekurang-kurangnya lapan orang maut, termasuk tiga anggota polis akibat tunjuk perasaan ganas yang berlaku sepanjang minggu ini. -AP





.

Usaha untuk membuatkan makanan lebih menyelerakan..


Adakah anda pernah membayangkan strawberry berwarna biru atau lobak berwarna silver? Membayangkan makanan dalam warna-warni tentu menarik dan menggoda anda untuk memakannya bukan?


Jika ingin makanan anda memiliki warna-warni yang menawan, anda boleh menyemburkannya dengan cat istimewa ini.


Jangan risau, kerana cat istimewa ini selamat untuk dimakan. Untuk masa ini cat semburan makanan bernama “Food Finish” tersedia dalam empat warna iaitu emas, silver, merah, dan biru. Cat ini tidak memiliki rasa dan boleh digunakan pada semua jenis makanan atau masakan.


Daripada buah, sayur, hingga sosej atau lobster. Ini dilakukan agar makanan kelihatan semakin berwarna, lebih baik semburan ini digunakan lapis demi lapis dan ditunggu sehingga kering barulah dimakan. -AP





.

Ibu terkejut menemui amalan anaknya yang sangat pelik


Seorang ibu di sini terkejut setelah menemui nota tentang rejim senaman dan diet yang pelik, yang diamalkan seorang anak perempuannya yang baru berusia tujuh tahun. Amy Cheney, ibu kepada tiga orang anak menemui nota yang menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh anaknya itu, semasa mengemas bilik anak perempuannya itu. Nota itu menyenaraikan bahawa murid perempuan boleh minum dua yogurt; tiga biji epal; sebiji buah pear; dua buah kiwi sehari yang menghasilkan sebanyak 580 kalori.

Nota itu turut menyatakan bahawa mereka perlu melakukan secara keseluruhan 34 kali tekan tubi, 32 kali lompatan, tiga kali menunggang basikal dan berlari tiga kali sehari. Walhal, data yang dikeluarkan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) dalam laporannya pada 1991 menyatakan bahawa kanak-kanak berumur antara tujuh tahun dan 10 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 1,740 kalori sehari. -AP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!