Seorang lelaki berumur 75 tahun di Jepun mati setelah 25 buah hospital menolaknya. Alasannya, mereka kekurangan tempat tidur ataupun para doktor untuk merawat lelaki malang itu. Lelaki itu tinggal seorang diri di sebuah kota di sebelah utara Tokyo. Dia menelefon ambulans setelah mengalami gangguan pernafasan di rumahnya. Ketika itu, paramedik pun bergegas datang ke rumahnya untuk membawa lelaki tersebut ke hospital. Namun keseluruhan 25 hospital di wilayah itu menolak menerima lelaki itu. Dikhabarkan, beberapa antara hospital itu bahkan dihubungi lebih dari sekali namun tetap menolak merawat lelaki itu.
Secara tepatnya, lelaki sebatang kara itu ditolak 36 kali dalam waktu dua jam. Ambulans tersebut akhirnya pergi ke sebuah hospital, yang jaraknya sekitar 20 minit dengan menggunakan kereta. Namun lelaki itu disahkan mati tak lama setibanya di hospital tersebut. Penyebab kematiannya tidak didedahkan kepada umum. Salah seorang paramedik berkata, mereka belum pernah mengalami "seorang pesakit yang ditolak berulang kali seperti itu". Atas kejadian ini, kerajaan kota Kuki, tempat lelaki itu tinggal, telah meminta semua hospital di wilayah tersebut agar meningkatkan kapasiti ruang kecemasan mereka. -Jiji Press
.
3 Penyokong CHELSEA:
Kesiannya pak cik tu. :(
semua hospital kt yokyo memang kejam.
kesia pakcik tu ..
semua hospital kt tokyo memang kejam.
kesian pakcik tu...
Post a Comment