Tidak ramai yang tahu sebenarnya arnab boleh berenang sama seperti anjing. Hal itu dapat dilihat apabila seorang wanita yang memiliki arnab gergasi telah memaksa haiwan itu berenang di dalam kolam hidroterapi bagi merawat penyakit artritis. Amanda Williams, 44, berkata, arnab yang seberat 68 kilogram dan sepanjang 81.2 sentimeter bernama Heidi dikesan menghidap artritis selepas tidak mampu bergerak pada Krismas tahun lalu. ''Apabila saya membawanya ke doktor haiwan, penyakit itu dikesan di paha dan lutut Heidi dan doktor mencadangkan supaya saya menggunakan rawatan hidroterapi,'' katanya.
Williams tidak menyangka Heidi mampu berenang di dalam kolam tersebut selepas dipakaikan baju renang kerana sebelum ini rawatan itu hanya digunakan untuk kuda dan anjing. ''Saya tidak sangka Heidi boleh berenang pada sesi pertama rawatan ini. Dia ada menghadapi masalah apabila air masuk ke dalam telinganya, namun selepas kami mengikat telinganya itu, dia mampu berenang,'' katanya. Dia berharap latihan renang dua kali seminggu dengan bayaran sebanyak 30 pound (RM141) untuk setiap sesi dapat membantu haiwan kesayangannya pulih daripada penyakit itu. - AGENSI
.
1 Penyokong CHELSEA:
subhanallah ^_*
Post a Comment